..::Mereka yang Suka::..

Sunday 27 January 2013

Cinta Si Jahil Bab 2

Salaam olls,

Emmm rajin betul iolls menaip di malam hari ini...semangat punya pasal...kihkihkih..

Nur nak tyaakan...ok tak penulisan Nur ni? adoi..saya takut saya yang perasan seorang diri...sdgkn pya la truk kan mengarang cerita...so sudi la member komen...tegur di shout box di sebelah kanan pun ok..Nur tak kisah...

frankly cakap saya x reti buat entry pnjg2...maaf :'(

++++++++++


“Kejahilan itu bagai penjara yang tidak bergeriji besi. Terperangkap dan tersekat kamu didalamnya tanpa mampu kembali ke dunia luar lagi. Dan yakinlah setiap pendosa itu akan menerima setiap balasannya.”

Setahun lima bulan sebelumnya....

Lampu berbentuk bola dihiasi warna-warni menerangi manusia yang sedang hanyut dalam alunan muzik yang membingitkan.Entah lagu mat salleh mana dipasang si DJ yang sedang terhenjut-henjut bersama headphone dikepalanya. Seisi kelab menari mengikut rentak lagu yang dipasang. Walaupun sumbang langkah tarinya. Biarkan. Asalkan hati bahagia. Itulah agaknya yang mereka fikirkan.

Zayyed duduk terasing dari keriuhan manusia di dalam kelab itu. Tangan kanannya memegang gelas yang terisi minuman yang bisa memabukkan. Almaklum sendirilah. Air kencing syaitan itu diteguk rakus.Licin.

“Ahhhh!!!”. Dia berteriak kecil. Puas merasa nikmat minuman haram itu. Hati yang gusar merasa tenang. Bagi dia itulah ubat paling mujarab merawat hatinya. Bar man berkemeja putih berjaket vas merah diluar digamit.

Another glass please..”.Lelaki berambut pacak itu mengangguk. Dia sudah maklum akan minuman yang menjadi kegilaan si peminta itu. Gelas diisi. Penuh. Si peminta tersenyum.

Thanks..”. Lelaki itu menganguk.

My job..

Zayyed bangun dari duduknya. Dia melangkah menyertai pengunjung kelab yang sedang menari bersama 
pasangan masing-masing. Gelas yang baru diisi tadi dibawa bersama. Badannya mula bergerak menari mengikut alunan muzik. Tangan kirinya diangkat tinggi digawang-gawang  sambil badannya memusing-musing menari. Lagu nyanyian Timbaland berjudul Hands In The Air yang sudah diubah versi disco sedang diputarkan si DJ botak. Seisi kelab turut mengikut sama rentak tarian yang dicipta Zayyed. Mereka sama-sama ketawa kegirangan.

Minuman ditangan diteguk rakus. Habis meleleh dibibirnya. Baju dibahagian dadanya basah akibat kegelojohan dia . Zayyed mengatur langkah ke kaunter pub. Terhuyung hayang badannya payah untuk berjalan. Kepala digeleng kasar. Pandangannya sudah hampir kabur. Mabuk. Sudah masuk gelas ke berapa entah diteguknya. Dia pun tak pasti.Yang pasti sudah banyak. Perut dia pun sudah mula rasa blotted. Tangki perutnya penuh.

Another glass for sure?” Sapa pelayan bar itu ramah. Zayyed menggeleng.

No thanks”.

Malam ini dia keseorangan. Amri, rakan sepejabat merangkap orang suruhan tidak bergajinya pulang ke kampung. Emak di kampung memaksa dia balik katanya. Sudah tua bangka pun masih mengikut telunjuk emak. Langsung tidak mampu berdikari. Zayyed mengutuk dalam hati. Habis yang kau kau tu bukan anak emak?Yang mengandung dan beranakkan kau tak cukup bulan tu siapa? Bukan mak kau? Satu suara lain di dalam hati jahilnya menyoal. 

Mata melilau mencari ikan-ikan segar di dalam kelab itu. Satu senyuman yang mampu melumpuhkan sistem saraf dihadiahkan kepada ikan-ikan yang membalas pandangannya. Spesis ikan-ikan disini memang murah harganya. Yang dilelong pun banyak.

Alone?”Satu suara menegurnya. Zayyed berpaling pada arah suara itu. Ikan lelong sudah mari!

Zayyed tersenyum.

Dating.” Zayed menjawab sepatah.

“Oh dengan siapa? Sorry i tak tahu..”Wanita itu kelihatan cuak. Sedari tadi dia memerhati lelaki itu dari jauh tidak perasan pula lelaki ini berteman.

It’s ok..she don’t mind”.

Are you sure?”. Zayyed mengangguk. Mata lelaki itu dipandang dalam. Ada ke perempuan yang tak jelous teman lelaki dia bermesra dengan perempuan lain?

 Liyana mengukir senyum.

“Pandai eh you bergurau....”. Kerusi kosong disebelah lelaki itu diduduk.

“Tiap-tiap malam you datang sini?”. Wanita-entah-apa-namanya bertanya. Zayyed berpaling. Matanya sempat menangkap skirt ketat paras peha yang dipakai wanita disebelahnya.Boleh tahan putih gebu minah ni! Hati dia menilai.

“Macam mana kau tahu?”. Zayed bertanya kembali.

 “ Setiap kali you datang sini I selalu perhatikan you dari jauh...dari sana.”. Jari telunjuknya menghala ke arah yang dimaksudkan. Zayyed memandang sekilas. Dia tidak berminat ingin tahu. Liyana memandang wajah kacak disampingnya.

“Kenapa pulak kau perhatikan aku?”. Zayyed bertanya pelik. Wajah putih bersih perempuan yang berani mendekati dia melekat dimatanya.

“Saja...perempuan mana tak nak tengok orang kacak macam you kan...sama juga macam I...”. Zayyed ketawa kecil mendengar alasan wanita itu.

“So kau datang sini nak pikat orang kacak macam aku la?”.Lelaki itu menduga. Liyana tersenyum. Sudah menjangka lelaki itu akan menyoal begitu.

“Emm it depends on how thick is your wallet as well...”. Laju dia membalas pertanyaan lelaki itu.

Zayed berdecit kecil. Senyuman sumbing terukir. Pandangannya dilarikan menyaksikan manusia yang sedang menari bagai haiwan kegirangan mendapat makanan. Terloncat-loncat tanpa tujuan. Dia juga mungkin begitu tadi.

As expected....”. Zayed menutur perlahan.Namun cukup untuk wanita disebelahnya menangkap bait bicaranya.

By the way my name Liyana...”. Tangan dihulur sebagai pemulaan kepada perkenalan mereka yang masih terlalu mentah. Zayed tidak endah.

Liyana senyum kelat.Seketika dia leka memerhati raut wajah lelaki disebelahnya.Hanya satu perkataan yang mampu menerangkan keindahan wajah yang dipandang itu. Sempurna. Ya!Sempurna! Wajah putih itu kemas dirapikan dengan jambang yang dicukur nipis. Hidung mancung milik empunya badan menaikkan lagi taraf kehenseman lelaki itu. Bulu kening cantik terukir mengindahkan lagi mata lelaki itu yang sedikit dalam. Memang cukup sempurna. Benar-benar mampu menggoyah iman wanitanya yang sememangnya senipis kulit bawang. Bila-bila masa boleh terbang melayang.

“Berkenan ke?”. Soalan lelaki itu mengejutkan dia. Liyana tersentak. Dia cuba beriaksi biasa. Soalan lelaki itu dibiar tidak berjawab. Dia malu sebenarnya. Takkan la dia nak mengaku yang dia memang berkenan dengan lelaki dihadapannya ini..haish kurang la harga diri aku!

Something bothering your mind?”. Liyana bertanya kembali. Cuba menutup peristiwa kantoinya tadi.

“Kau nak tahu ke?”. Zayyed memandang wajah manis disebelahnya. Cantik juga budak ni. Liyana mengangguk perlahan.

If you don’t mind to share with me

“Ikut aku.” Zayyed bingkas berdiri. Begitu juga Liyana.

“Ke mana?”. Soalan wanita itu dibiarkan. Kaki diatur melangkah keluar. Liyana laju mengejar langkah kaki lelaki itu.


++++++++++


Ayuni menutup “Buku Panduan Mengajar Bawah Tujuh Tahun” yang dibalut dengan kertas bercorak bunga warna pink. Dia melepaskan nafas perlahan. Otak dia tidak mampu berfifikr dengan betul buat masa ini. Pen ditangan diletakkan ditepi buku log tesebut. Badan disandarkan pada kerusi studynya. Peristiwa dimeja makan tadi benar-benar telah meragut ketenangan jiwanya. Otaknya kembali berputar mengimbas peristiwa di meja makan dua jam yang lalu.

“Esok petang Haji Shuib dengan isteri dia nak datang rumah. Selepas asar katanya. Mereka nak tahu jawapan dari kamu.” Haji Kamal memandang tepat wajah puteri bongsunya. Ayuni menekur memandang nasi di pinggan. Jari menguis-nguis butir nasi didalam pinggannya. Putus sudah seleranya. Ini semua Baba punya pasal!

“Hish abang ni...tak menyempat nak bagitahu pun...macam tak de masa laon dah lepas ni...biar la dia habis makan dulu...tengok Ayuni tu!dah hilang selera makan dia..”. Hajah Kamariah menyampuk. Suaminya dipandang geram. Suliati disebelah memandang adik iparnya. Dia turut putus selera.

“Baba cuma menyampaikan aje...”

“Abang!” Sekali lagi Hajah Kamariah menghalang suaminya meneruskan kata-kata. Tak paham-paham orang tua ni!

Pinggan nasi ditolak. “Uni dah kenyang. Naik dulu”.

Seisi meja memandang Ayuni. Langkah diatur menuju ke sinki. Tangan dibasuh cuci. Tangga dinaiki menuju ke biliknya.

“Abang la ni...kan saya dah pesan jangan dipaksa anak kita tu...”. Hajah Kamariah memarahi suaminya. Dia tidak puas hati dengan tindakan suaminya tadi.

“Tak apa Ummi...Baba...biar Su pujuk dia ye...”. Hajah Kamariah mengangguk. Haji Kamal sekadar diam. Suapan diteruskan.

Ayuni buntu. Dia benar-benar tiada jawapan untuk diberikan. Banyak benda yang kepala otak dia tengah fikir sekarang. Perkara yang dia malas dan benci untuk fikir terpaksa juga difikirkan. Kepala digaru rimas. Tension!

Novel dimeja studynya diambil. Lebih baik dia baca novel daripada fikir pasal kawen. Pasal kawen? Kantoi sudah apa yang dia tengah duk fikir sekarang ini. Dia menggeleng laju. Dia masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memikirkan soal itu.

Ayuni baring diatas katilnya. Badan disandarkan pada kepala katil beralaskan bantal peluknya. Novel bertajuk Dr.Cinta karya Dyadila dibelek pada helaian pertama. Sudah masuk tiga kali dia mengulangi bacaan novel tersebut. Tetapi dia tetap belum jemu. Pandai betul si Dyadila ni menggarap cerita. Santai, kelakar, sedih dan segala macam rasa diadun dengan sebati sekali. Best!
Pintu dibuka dari luar. Wajah kakak iparnya tersembul dibalik pintu.

“Boleh akak masuk?”.

Ayuni mengangguk. “Akak dah masuk dah pun”. Suliati ketawa. Dia menyaingi Ayuni yang sedang berbaring santai itu.

“Baca novel apa?”

“Dr. Cinta..” Suliati mengerutkan dahi.

“Tak habes lagi ke baca novel ni?”.

“Round yang ketiga kak..”. Ayuni ketawa. Sudah menjangka akaknya akan bertanya begitu. Suliati turut tersenyum.

“Patut la...ingatkan tak habes baca lagi...dah lama dah akak tengok Uni duk baca novel ni...tak kan tak habes-habes lagi ulat novel ni baca...paling tidak satu malam dah khatam kan?”. Ayuni tersenyum. Kepala dijatuh pada peha kakak ipar tersayang. Fuh bestnye....patut la jadi port peberet Mazliana Haji Nordin dalam novel Dr.Cinta ni...

Suliati mengusap lembut kepada Ayuni. Rambut panjang separas dada adik iparnya itu dilurut. Hitam berkilat rambut Ayuni. Cantik. Wajah adik iparnya dipandang. Hidung sama macam abang dia. Mancung. Cuma hidung suami dia ala-ala orang Arab gitu. Terlebih mancung ke depan. Bentuk muka Ayuni pula bujur sirih. Putih bersih. Pandai dia jaga. Pendek kata memang adik iparnya ini cantik molek lah orangnya.

“Abang tak marah ke akak lari dari bilik ni?”. Ayuni bertanya. Maklumlah kakak iparnya ni boleh pulak merayap tengah-tengah malam buta masuk bilik dia. Payah tau orang yang sedang berfantasia bulan madu ni keluar bilik. Lebih-lebih lagi tengah malam macam ni. Tak ke pelik tu?

“Kenapa pulak nak marah?”. Suliati menjawab dengan pertanyaan juga.

“ Maklumlah bantal peluk dia kan tak ada..kesian abang terpaksa peluk bantal busuk dia la tu sekarang ni..”. Ayuni menjawab nakal. Satu cubitan dihadiahkan di bahu Ayuni. Eii gatal!

“Auch!Sakit la kak...”.Ayuni mengosok bahu kanannya yang dicubit. Sepupu-sepapat ketam la kakak ipar dia sorang ni..

“Padan muka!Amboi...dah pandai cakap pasal bantal peluk sekarang eh adik akak ni...kenapa? teringin nak jadi bantal peluk jugak ke?”. Suliati membalas kembali mengenakan adik iparnya. Ayuni terus diam.

“Kenapa diam?Malu la tu..maknanya betul la kan apa akak cakap?”. Suliati menduga Ayuni.

“Akak ni...Uni tak suka la cakap benda macam ni...”Ayuni merengek kecil. Sungguh dia memang anti bercakap pasal peluk-peluk segala ni. Eh tadi pandai pulak kau sebut kan?

“Sudah!sudah! drop the subject.” Suliati ketawa. Marah pulak budak ni...

“Dah tak suka kenapa pandai cakap sangat tadi...akak ingatkan adik akak ni suka..”.Pipi Ayuni dicubit manja.

“So......macam mana?”. Ayuni memandang pelik wajah kakak iparnya. Novel ditutup.

“Macam mana apa?”. Ayuni bertanya kembali. Tidak faham dengan soalan yang dikemukakan.

“Laaa...macam mana dengan esok la...Uni dah ada jawapannya atau belum?”. Suliati menjelaskan maksud pertanyaannya.

Wajah adik iparnya itu kelihatan buntu. Dalam dilemma barangkali. Kalau dia tempat adik iparnya juga akan mengalami perasaan yang sama. Dia cuba menyelami gejolak perasaan adik iparnya. Antara taat dan kehendak hati, mana satu yang akan dipilih?

Ayuni serba salah. Perkara begini bukan suatu yang kecil. Banyak hati yang perlu dia fikirkan dan jaga. Hati sendiri? Dia mengeluh. Andai la dia boleh jadi seperti watak Mazliana di dalam novel Dr.Cinta yang terjun melalui tingkap biliknya gara-gara mahu lari dari bertemu jodoh yang dicalonkan ibu bapanya...sudah pasti dia akan melakukan perkara yang sama. Malangnya dia tidak mampu melakukan seperti Mazliana itu. Alamat berkecai la segala isi kepalanya jika dia membuat aksi terjun dari tingkap biliknya. Rumah teres dua tingkat milik Baba bakal mencipta sejarah la jawabnya.

“Ayuni perlu tahu satu perkara...” Suliati ingin menyampaikan perkara yang sudah disepakati oleh kedua-dua mentuanya tadi. Mereka bertiga sudah duduk berbincang.

“Baba...Ummi....tak paksa Uni terima hajat Haji Shuib dan Hajah Siah tu...kalau Uni mahu tolak hajat mereka...Uni kena fikir dan karang ayat yang terbaik untuk tidak menyakiti hati mereka. For example Uni bagitahu diorang yang Uni belum bersedia untuk memikul beban menjadi seorang isteri. Uni perlukan masa untuk menjadi matang terlebih dahulu or bagitau diorang yang Uni ni masih budak tak cukup umur yang mana tiap-tiap malam jika mimpi hantu akan terus terkencing atas katil... " Ayuni mengerutkan dahinya. Biar betul aku nak cakap macam tu?

"Uni bagitahu aje lah apa-apa pun asalkan logik dan bernas... yang tu alasan akak aje..hehe”.Suliati ketawa kecil. Peha kakak ipar yang menampung kepalanya ditampar. Nonsense!

“Buat lawak antarabangsa pulak akak ni...Uni tengah serius tau.”. Ayuni geram dengan Suliati. Ada pulak cakap dia tak cukup umur kencing tengah malam atas katil...eeeii buat malu je cakap macam tu. Tapi bagus juga kan kalau aku bagitahu macam tu pada Haji Syuib dan Hajah Siah tu. Kompem diorang terus angkat kaki tak kan datang dah rumah aku lepas ni. Ayuni tersengih. Genius betul kepala otak kau Ayuni!He he he

“ Apa sengih sorang-sorang ni? Mengumpat eh? Ke terbayang dah duduk atas pelamin dengan bakal suami?”. Ayuni mencebik dengan pertanyaan Suliati. Tak ada maknanya!

“Tak apa ke kalau Uni tolak?”. Ayuni betanya. Mata Suliati dipandang dalam. Suliati mengangguk. Badan Ayuni terus tegak menghadap Suliati. Dia tidak pecaya.

“Diorang tak kecik hati ke nanti?”. Suliati menggeleng.

“Baba?”. Geleng.

“Ummi?”. Geleng.

“Haji Shuib?”. Geleng. “Tak...”Suliati meyakinkan Ayuni.

“Hajah Siah?”. Geleng lagi.

“Terima kasih akak...”. Badan Suliati dipeluk kejap. Suliati tersenyum.

“Dah ok dah sekarang?”. Ayuni mengangguk.

“Tenang?”. Ayuni mengangguk lagi.

“Boleh tidur dah sekarang?”. Mengangguk lagi.

“Ok bagus..”.Suliati turun dari katil. Kepala Ayuni diusap kecil sebelum dia melangkah keluar.

“Terima kasih kak..”. Suliati mengangguk.

“Jangan lupa baca Al-Mulk sebelum tidur..” Sempat dia berpesan kepada adik iparnya sebelum menutup pintu bilik. Ayuni tersenyum.

Kaki diatur menuju bilik mandi untuk mengambil wuduk. Mudah-mudahan tiada hati yang akan terluka Ya Allah...

++++++++++

Kereta BMW hitam itu memasuki perkarangan parkir apartment golongan-golongan bangsawan.

“Kita buat apa datang sini?”. Liyana bertanya. Matanya meliar  memandang ke luar melihat kereta-kereta mewah yang cantik terparkir di ruang itu.

“Kan kau nak tahu apa yang ada dalam fikiran aku...so aku bawa kau ke tempat yang paling sesuai untuk bagitahu kau..faham?”. Liyana mengangguk.

“cepat keluar”. Seatbelt penumpang ditanggalkan. Liyana membontoti Zayed yang sudah jauh dihadapan. Dia berlari kecil. Tahu la kaki tu spesis zirafah. Satu langkah lelaki itu bersamaan sepuluh langkah dia. Over tak otak dia membuat persamaan? Memang over sangat..

“Masuk.”. Suis lampu di on. Serta merta keadaan yang tadi gelap menjadi terang.

Liyana serba salah melangkah kaki memasuki rumah lelaki yang baru dikenalinya tidak sampai 2 jam itu. Namun digagahi juga kakinya memijak lantai memasuki rumah itu. Untuk seketika dia pegun. Cantik!

Matanya memehati sekeliling ruang apartment itu. Dari ruang tamu hinggalah bahagian dapur matanya meneliti setiap susun atur dan perabot yang menghiasi tempat tinggal lelaki itu. Berdasarkan pemerhatiannya warna putih dan merah menjadi pilihan utama pemilik rumah ini. Siapa lagi kalau bukan lelaki yang bersama dia sekarang ini.

Zayyed melabuhkan punggungnya di sofa putih ruang tamu rumahnya.

So kau dah bersedia nak tahu?”. Liyana berpaling.

“Hmm?”Liyana khayal seketika.Namun pertanyaan lelaki itu masih dapat ditangkap telinganya. Dia mengangguk. Sudah lama sebenarnya dia ingin mengenali dengan lebih mendalam lelaki yang bersamanya sekarang.

“Duduk.” Arah lelaki itu. Liyana akur. Demi mengenali lelaki itu lebih dalam Liyana menurut sahaja setiap perintah lelaki dihadapannya sekarang ini.

Zayed bangkit dari duduknya lemudian mendekati wanita itu. Tempat disebelah wanita itu diisi. Sisi peha mereka berlaga.

“Aku lebih suka suasana begini” Zayyed melemparkan pancing. Tidak pernah walau sekali umpannya tidak mengena. Hatta spesis ikan Flower Horn mampu dicangkuknya.

Wajah wanita didepannya dipandang penuh minat. Lama. Matanya dikecilkan meneliti setiap inci raut wajah wanita dihadapannya.

Liyana sudah mula gabra. Darah serta merta menyerbu mukanya. Wajah dia memerah bagai udang sedang dibakar diatas bara api. Dia bukan budak bawah umur yang tidak mengerti membaca riak wajah dan isyarat mata lelaki yang memandangnya ketika ini. Saat ini kepala otak dia mentafsir bahawa lelaki dihadapannya mempunyai niat tersebunyi ke atas dirinya.

Zayed memulakan hajatnya. Wajah dibawa rapat kepada mangsanya. Liyana mengundurkan badannya kebelakang menjauhi muka Zayed yang bagai ingin mencium dia. Sofa kecil itu membataskan pergerakan dia. Zayed bertindak pantas mengunci “makanannya” dari melarikan diri.

Kepala Liyana dipegang kemas. Dengan rakus dia mencumbui bibir wanita  itu. Rontaan Liyana berjaya dikunci tanpa berjaya wanita itu melawan. 

 “Apa kau buat ni hah?”. Suara Liyana sudah bergema di ruang tamu itu. Badan lelaki itu ditolak sedaya upaya. Langsung tidak gugah. Kekuatan lelaki itu jauh lebih gagah dari dia. Hilang sudah panggilan manja dan homat  "you" yang meniti dibibirnya tadi. Senyuman herot kucing jantan lelaki itu dipandang. Jelas sekali lelaki itu tidak merasa bersalah dengan perbuatannya.

Badan Liyana diterkam. Rontaan wanita didalam pelukannya dimatikan. Liyana lemas. Terkunci. Dia lelah. Dan pilihan yang ada hanyalah mampu berserah....

“Kau suka aku?” Zayed bertanya rapat ditelinga wanita yang telah kejap dikunci dalam pelukannya. Liyana memberanikan diri memandang ke dalam anak mata lelaki itu. Dia mengangguk kecil.

“Buktikan yang kau suka aku.”

Zayed bertukar menjadi binatang buas yang tidak akan sama sekali melepaskan rezeki yang telah berada dalam mulutnya. Dan untuk kesekian malam itu dia puas dengan hidangan yang dia dapat. Wajah wanita didalam pelukannya dipandang. Kau memang makanan aku!

Manusia jahil itu lupa pada larangan Tuhan. Manusia jahil itu telah lupa pada balasan Tuhan. Ingatlah wahai Zayyed, sesungguhnya Allah tidak akan sesekali memungkiri janjiNya!

++++++++

TQVM sebab sudi baca this entry :-)

Saturday 26 January 2013

Cinta Si Jahil Bab 1


Hospital Kuala Lumpur havoc malam itu. Kelihatan ramai sekali manusia keluar masuk dari pintu klinik kecemasan hospital itu. Kedengaran dari jauh siren ambulans menandakan satu lagi emergency case akan tiba. Seperti yang dijangkakan ambulans itu tiba betul-betul di luar pintu utama. Pintu belakang ambulans dibuka. Kelihatan seorang lelaki muda sedang terlantar di atas coach tidak sedar diri. Satu pine darah merah disalurkan kepada si mangsa. Plastik beg darah dipegang oleh nurse yang menemani. Sudah tentu mangsa ini banyak kehilangan darah sewaktu kejadian tadi. Dia mengagak.

 Kepala mangsa berbalut. Kain pembalut yang asalnya putih betukar merah. Baju mangsa juga sudah berubah warna kerana bersalut darah. Dia mengucap dalam hati. Gerun. 3 jururawat yang menemani berlari  tergesa-gesa membawa mangsa ke bilik kecemasan. Beberapa doktor yang ditugaskan berkerja malam turut sama berlari memasuki bilik tersebut. Dia berdoa di dalam hati mudah-mudahan mangsa dapat diselamatkan.

Berdasarkan apa yang pernah diberitahu oleh abangnya kehilangan darah yang banyak mampu mengancam nyawa. Badan yang kekurangan darah ultimately menyebabkan kurangnya juga bekalan  oksigen dalam badan.  Kondisi tersebut dipanggil anemia. Kondisi ini menyebabkan jantung tidak mampu untuk mengepam darah yang mencukupi kepada seluruh anggota badan sekaligus mengakibatkan terjadi komplikasi seterusnya yang dinamakan Hypovolaemic shock. This type of shock can cause many organs to stop working which lead the victim to die at any minute. Sekali lagi dia mengucap dalam hati.

Jam ditangan dipandang sekali imbas. Sudah hampir pukul 12 tengah malam. Lagi sepuluh minit abangnya akan habis bekerja. Dia melepaskan nafas perlahan. Lelah menunggu barangkali. Televisyen yang terletak tinggi berhampiran kaunter pendaftaran itu dipandang. Aksi kung fu yang sedang bersiaran itu menarik minatnya. Patutlah cerita Jackie Chan sedang bersiaran rupanya.

Bunyi tapak kaki  manusia yang bergegas berlari menuju ke kaunter pendaftaran mengganggu fokusnya. Malam ini dia hanya menjadi pemerhati kepada segala macam manusia yang sakit. Sudah hampir lima emergency case dapat dia saksikan malam ini. Itu pun belum hampir satu jam dia tercongok di ruang menunggu ini.

Manusia-manusia yang diuji Allah dengan kesakitan adalah insan-insan pilihan kerana sesungguhnya sakit itu adalah kafarah kepada segala dosa-dosa. Maka bersabarlah! 

Dari jauh dia terdengar tangisan seorang perempuan. Dia berpaling. Kelihatan seorang wanita separuh umur sedang menangis dalam pelukan seorang lelaki. Barangkali mereka ahli keluarga kepada mangsa tadi. Tangisan si ibu yang kuat itu meruntun hatinya. Pasti si ibu khuatir akan keadaan anaknya itu.

“Dah lama tunggu?”. Satu suara mengejutkan dia. Ayuni berpaling.

“Abang!Tak de la lama sangat...dalam setengah jam mungkin..”.

“Kenapa datang awal sangat?kan abang dah cakap abang habis kerja pukul 12..” Ayuni bangkit dari duduknya. Wajah abangnya yang keletihan dipandang. Dari kecil lagi dia anti dengan profession kedoktoran ni.  Penat. Sunguh dia tidak mempunyai badan dan jiwa yang kental untuk mengharungi hari-hari sebagai seorang Doktor.

“Saja je datang awal sikit...mana la tau abang habis kerja awal ke...”. Ayuni sengih.

Arsyad memeluk bahu adiknya. “Ok lah..jom balik”. Mereka seiring melangkah meninggalkan ruang menunggu dihadapan kaunter emergency itu. Kot putih pada badannya ditanggalkan lalu disandang pada bahu kanannya.

Dalam perjalanan tiba-tiba bahu kiri Ayuni dirempuh kasar. Hampir rebah dia dibuatnya. Nasib baik tangan abangnya sempat dipaut. Handbagnya juga hampir terlucut.

“Maaf dik...akak nak cepat....emergency..” Ayuni memandang wajah yang meminta maaf itu. Arsyad juga. Wajah cemas wanita itu jelas memberitahu kebenaran kata-katanya. Ayuni sekadar mengangguk. Matanya menyoroti langkah wanita yang melanggarnya terkocoh-kocoh berlari memasuki pintu utama klinik emergency itu.

“Adik ok?Sakit tak?”. Arsyad memeriksa badan adiknya.

Ayuni menggeleng.”Tak..tak...adik ok.” Ayuni membetulkan kembali kedudukan handbagnya. Langkah diteruskan menuju ke parkir kereta.

“Abang drive?” Suis kereta disuakan pada abangnya.

“Adik la....” Arsyad menolak. Mana la dia larat nak drive dalam keadaan penat dan mengantuk sekarang ini.

++++++++++

“Mama!!!!!!”

“Zurin!!!!!”

Kedua-dua wanita itu berlari mendapatkan antara satu sama lain. Mereka berpelukan. Kejap. Masing-masing menghemburkan tangisan yang masih bersisa. Seketika mereka berkelakuan begitu. Mata  manusia yang lalu lalang memandang tidak dihiraukan.

“Zayyed macam mana Mummy?”. Zurin bertanya cemas. Hati dia hampir luruh apabila mendapat berita tentang adiknya tadi. Puan Sri Salmi menggeleng. Dia tidak tahu situasi anak dia sekarang ini.

“Doktor tak ada bagitahu apa-apa ke?” Sekali lagi Puan Sri Salmi menggeleng.

“Doktor tengah selamatkan nyawa adik kamu la tu...” Tan Sri Zahar menyampuk.

“Sekarang ni bukan masa untuk kamu menangis dah...sekarang ni masa untuk berdoa banyak-banyak agar nyawa adik kamu tu selamat”. Tan Sri Zahar membetulkan keadaan. Mak Munah disebelah mengangguk setuju. Dalam apa situasi pun Tan Sri Zahar sentiasa bijak mengawal emosi dan sentiasa kelihatan tenang.

“Sudah-sudah la kamu dua beranak tercegat tengah-tengah laluan orang tu...buat malu orang tengok aje”.

Teguran Tan Sri Zahar itu menyebabkan Zurin dan Puan Sri Salmi baru sedar yang mereka sedang menghalang laluan orang ramai. Mereka akur lalu mengambil tempat duduk bersama Tan Sri Zahar dan Mak Munah. Tan Sri Zahar mencapai tangan isterinya lalu digenggam kemas. Dia cuba menyalur kekuatan agar isterinya kuat menghadapi dugaan.

“Anak kita bang...” Puan Sri Salmi merintih dalam sendunya yang masih bersisa. Tan Sri Zahar membawa si isteri ke dalam pelukannya.

Mak Munah memandang sayu keluarga itu. Bahu Zurin disebelahnya diurut lembut agar mampu menenangkan sedikit hati wanita muda itu.

“Zania mana Daddy?” Zurin bertanya perihal adik bongsunya yang tiada bersama mereka ketika itu.

“Dia dalam perjalanan bersama Atok kamu”.

“Sabar ye Rin..” Hanya itu yang mampu Mak Munah luahkan. Mudah-mudahan mampu memberi sedikit kekuatan kepada kakak Zayed itu. Hati tuanya teringat pada Zayed.Oh Zayed! Bagaimana keadaan kamu di dalam itu?

++++++++++

Check the air way!!”. Lelaki berbaju biru memberi arahan. Si pembantu patuh. Telinga didekatkan pada rongga pernafasan pesakit.

Clear Doktor”

Patient’s circulation?”. Lelaki berbaju biru itu bertanya.

Patient in tachycardia” Si pembantu memberitahu.

He had been severely haemorrhages Doctor. He had lost of blood about 1 litre. Open fracture at the anterior left femur and left shoulder. Open wound at the head. No cerebral concussion. May be there is some injuries inside it.” Seorang lagi pembantu yang bertanggungjawab menemani pesakit dari tempat kejadian melaporkan kepada lelaki berbaju biru itu.

Resuscitate the patient first. Set the IV drip. Transfer the blood and platelet. Stable the hemodynamic immediately.”Lantang suara Pegawai Perubatan itu memberi arahan.

“Ok Doctor”

Stethoscope diletakkan pada dada pesakit untuk memeriksa kondisi jantung dan paru-paru. Dia memeriksa deengan penuh teliti.

S1 S2 heard. No murmur. Lungs clear”. Dia melaporkan kepada pembantunya. Doktor wanita muda yang bertanggungjwab sebagai assistant Doctor mengangguk lalu merekodkankan kedalam komputer.

Patient has injury at the occipital lobe area doctor!”

Call the radiology!” Doktor wanita muda yang baru sahaja graduate itu mengangguk. Dia sedikit cuak kerana malam ini merupakan malam pertama dia bertugas di Emergency department.

Heart rate suddenly drops Doktor!” Satu suara kuat mengejutkan semua yang sedang kelam kabut dengan tugasan masing-masing. Tergesa-gesa senior Doktor itu memeriksa denyutan nadi pesakit.

“100...90...80...70....” Mesin pembaca nadi mengeluarkan bacaan pada monitor.

Teeeeeetttt...

Stethoscope diletakkan pada bahagian kiri dada pesakit.

Patient having cardiac arrest...do the CPR!” senior Doktor itu memberi arahan. Terus sahaja jururawat lelaki yang sederhana tubuhnya melakukan CPR. Kemudian Doktor itu sendiri pula mengambil alih. Baju si Doktor sudah basah bermandi peluh. Pesakit masih tidak memberi tindak balas.

Prepare the defibrillator!”

“ok Doktor!”

Call the neurosurgeon on call...sent patient to Operation Theatre immediately!”Sekali lagi doktor berbaju biru itu mengeluarkan titah perintah.

Wahai Zayed berjuanglah untuk nyawamu dan kehidupanmu!