..::Mereka yang Suka::..

Monday 4 March 2013

Cinta Si Jahil Bab 6


Salaam buat sahabat2 Nur sekalian =)

Yeah seperti dijanjikan...new chapter...

Mungkin pembaca belum dpt mengagak jalan cerita yg Nur cuba sampaikan....tapi tak apa...kita dayung sampan perlahan-lahan ye? Sampai masa sampai jua kita ke seberang sana..eheh!

This new chap pendek aje...so enjoy!

Comments are most welcome..

:)

++++++++++


“Arghhh!!!!!!”

‘Ktanggg!!!!!’ 

Tin minuman itu melayang ke udara sebelum jatuh ke dalam tasik buatan dihadapan mereka. Zayed membiarkan sahabatnya melepaskan perasaan. Suka hati kau la nak buat apa pun. Nak terjun ke dalam tasik depan kau ni pun boleh.

“Hah yang ni pulak”. Tin minuman berperisa pepsi yang sudah kosong disuakan kepada sahabatnya. Tidak bersambut.

“Relaks la kau bukannya dah kahwin..baru bertunang”. Zayed cuba memujuk. Bahu sahabatnya ditepuk beberapa kali.

“Kau cakap senang la...yang merana aku tahu tak?” Amri menjawab geram. Dada dia berombak turun naik dengan laju. Muka tampak berserabut. Jelas kelihatan sahabatnya itu dirundung masalah berat.

“Merana apanya..rezeki tahu tak dapat tunang express”. Zayed sengaja menyakat sahabatnya.

Wajah kacak sahabatnya ditentang tajam.“Kau pernah merasa terjun ke dalam tasik tak sebelum ni?” Amir menjawab baran. Aku campak jugak mamat ni ke dalam tasik tu karang. Rezeki kepala otak dia!

Zayed sengih.“Chills la...sensitive sangat kenapa?”.

Amri mendengus kasar. Kepala didongak ke langit melihat bintang yang berkedipan di tengah malam itu.

“So apa plan kau?”.Zayed bertanya ingin tahu. “Putus?”.Dia meneka.

“Kau ingat aku boleh putus tunang macam putus tali?”. Amri menempelak.

Zayed menjongket kedua-dua bahu.“Kau try la...mana tahu dia terima”. Dia dimaksudkan tunangan-tak-setuju sahabatnya itu.

“Masalahnya bukan dia...masalahnya mak aku kau faham tak?”.

“Tak”.

Amri mengeluh. Memang kau tak akan faham.

“Apa masalah mak kau sebenarnya”. Zayed cuba menyelami masalah Amri.  Wajah sisi sahabatnya dipandang.

Amri memandang tasik dihadapannya. Dia melepas nafas perlahan. Banyak masalahnya...

++++++++++

“Aku tak boleh terima semua ni!!”. Ayuni tersentak. Mak ai minah ni nak menjerit pun agak-agak la. Jangan menjerit sebelah telinga aku ni.

“Iyye aku tahu kau tak boleh terima...”. Ayuni memujuk sahabatnya. Bahu sahabatnya disentuh lembut.

 Ayuni pandang wajah polos sahabatnya. Dia simpati dengan nasib sahabatnya itu. Malam ini sahabatnya itu bermalam di rumahnya. Dia yang paksa sebenarnya. Bimbang sahabatnya melakukan perkara yang tidak dijangka apabila berada di rumah sewa seorang diri.

“Uni..kau kena tolong aku..”. Tangan Ayuni digenggam kemas.

“Tolong apa?”.

“Tolong culik aku!”. Laju pegangan Naila dilepaskan. Dia terkejut.

“Kau gila ke apa?”. Biar betul suruh aku culik anak dara orang.

“Kau ingat aku ni bapak ayam ke nak culik anak orang?”. Ayuni sikit hangin. Putus wayar bumi dah ke apa dalam kepala minah ni.

“Aku tak nak kahwin dengan mamat tu...aku tak nak...”. Naila memberontak.

Ayuni melepas nafas berat. Dia buntu dengan masalah sahabatnya.

“Sampai hati Mak buat Naila macam ni...”. Naila bermonolog sendiri.

Ayuni mengeluh kecil. Dalam situasi sebegini dia perlu bijak meredakan keadaan. Masalah kahwin paksa satu masalah besar. 

“Emak kau mahu jodoh yang terbaik untuk kau Naila...kau kena bersangka macam tu...”. Ayuni memujuk. 
Rambut sahabatnya yang terjuntai di dahi disisip ke celah telinga. Sisa air mata sahabatnya disapu lembut.

“Aku tak boleh Uni...aku tak boleh...”. Naila bersuara lirih.

 “Kau kena ingat Naila..dia mak kau..derhaka kau bantah arahan mak kau tau?”. Ayuni mengingatkan sahabatnya tanggungjawab Naila sebagai seorang anak. Wajib bagi setiap anak itu mentaati perintah orang tuanya selagi tidak melanggar hukum syarak.

“Masalahnya bukan mak aku...”.

“Habis tu?”.

“Dia...”

“Dia? Siapa?”. Ayuni blur akan gerangan yang dimaksudkan sahabatnya.

“Aku tak suka tunang aku tu..aku benci!”. Ayuni faham akhirnya dia yang dimaksudkan.

“Kenapa kau benci dia?”.

Naila memejamkan mata. Sungguh hati dia terasa perit untuk mengingati kisah silam lalu.

++++++++++

“Amri tak nak!”. Suara anak muda itu memenuhi segenap ruang tamu rumah.

“Kau jangan nak buat hal Amri. Ibu dah buat segala persiapan. Kau kena bertunang juga!”. Puan Asmah tidak mahu kalah. Aktiviti liar anaknya itu mesti dihentikan dengan secepat mungkin. Dan dia sudah ada penyelesaiannya.

“Ibu yang setuju.Ibu la yang bertunang dengan dia!”.

“Kau jangan nak kurang ajar!”. Puan Asmah sudah mula panas hati. Kalau tidak difikirkan anak sendiri ingin saja ditampar mulut anaknya yang lancang itu.

“ Amri bukan nak kurang ajar dengan Ibu. Tetapi ini soal jodoh...soal hidup mati Amri Ibu...Ibu tak boleh aturkan hidup Amri macam ni!Amri ada pilihan hati Amri sendiri!”. Amri bersuara tegas. Perihal hidup berumah tangga biar dia yang putuskan sendiri. Bukan ibunya.

“Siapa pilihan kau? Bawak dia ke rumah aku ni! Betina-betina liar yang kau angkut ke sana ke mari siang malam di KL tu kau kata pilihan kau?”. Puan Asmah mencelar. Amri tunduk menghadap lantai. Ternyata ibunya mengambil peduli setiap  aktiviti kehidupan dia di Kuala Lumpur.

“Sebab tu ibu carikan untuk kau Amri...perempuan yang baik...perempuan yang boleh bawa haluan hidup kau lebih baik...yang boleh membentuk kau jadi manusia Amri...”. Puan Asmah sudah bersuara mengendur. Memujuk anaknya agar memahami tindakannya itu.

“tapi Amri tak setuju Ibu...jangan buat Amri macam ni Ibu...”. kaki Ibunya dipegang kemas.

“Setuju tak setuju kau tetap kena setuju! Jangan jatuhkan maruah Ibu....kalau kau sayangkan Ibu kau ni lagi kau ikut cakap aku”. Puan Asmah meluru masuk ke biliknya. Amri terjelopok di lantai.

+++++++++++

“Lusa ada orang datang meminang...” Lembut suara emaknya menyapa telinga.

“Apa? Masuk meminang?”. Tanya Naila girang.

Puan Hidayah mengangguk sambil tersenyum. Dia yakin pilihan dia untuk anaknya itu adalah yang terbaik sekali. Wajah bakal besannya terlayar ditubir mata.

“Meminang Najwa ke Mak?”. Baju yang berlonggok diruang tamu itu dilipat satu persatu.

“Haish bukan..meminang kamu la anak sulong Mak...tak kan Najwa pulak..dia kan baru nak SPM tahun ni,”. Puan hidayah menidakkan tanggapan anak perempuan sulongnya itu.

“Naila? “. Puan Hidayah mengangguk sambil senyuman tidak lekang dari bibir. Manis betul wajah emaknya malam ini.

“Siapa yang nak masuk meminang Naila ni?Bila masa pulak Naila setuju?”. Naila bersuara terketar-ketar. Kejutan apa pula emaknya sampaikan ini.

“Mak Cik Asmah jiran kita dulu...yang dah pindah duduk Rawang tu...Mak yang setuju...Naila mesti setuju juga kan? Naila kan memang minat dengan anak dia yang nama Amri tu kan?”. Puan Hidayah bercerita penuh teruja. Nampak sangat emaknya sudah berikat rotan dengan keputusannya.

“Mak...bila masa pulak Naila suka pada anak Mak Cik Asmah tu...dah dekat 17 tahun kitorang tak jumpa...entah macam mana rupa dia pun Naila tak tahu..”. Naila cuba beriaksi biasa. Hendak melawan, dihadapan dia sekarang adalah ibu kandung sendiri. Bersabar merupakan jalan terbaik.

“Mak dah tengok dah gambar anak dia...semakin segak sekarang.Memang padan sangat dengan Naila. Dia kerja kat syarikat besar sekarang...”. Puan Hidayah membuka cerita bakal menantu idamannya itu. Sekeping gambar yang ditunjukkan bakal besannya minggu lepas masih melekat dikepalanya. Wajah anak muda segak berkot hitam masih segar dalam ingatan. Tampan sekali anak muda itu sekarang.

“tapi Mak....”

“Tak ada tapi-tapi dah...”. Puan Hidayah laju menmbangkang.

“Baju tunang kamu Mak sangkut dalam bilik...kamu cuba dulu...kalau ada yang kurang sana sini ada masa nak dibetulkan esok...saudara mara kamu pun ada yang datang..” Puan Hidayah berlalu ke dapur. Anak tekaknya terasa haus.

Naila termangu seorang diri. Wajah budak lelaki berumur sepuluh tahun sedang bermain basikal terlayar di kotak ingatan.

“Bolehkah dia terima aku?”. Kenangan lalu terimbau kembali...

++++++++++

“Kenapa gigi awak macam tu?”Budak lelaki itu bertanya.

“Kenapa dengan gigi saya?”. Budak perempuan yang mengendong patung Barbie menjawab.

“Gigi awak hodoh la...”. Jari di tuding ke muka budak perempuan yang bertocang dua.

Dua putung gigi yang terkeluar dari bibir disentuh.“Suka hati la gigi saya bukan gigi awak..”.

“Muka awak buruk..macam tikus..” Budak lelaki itu ketawa besar lalu mengayuh basikalnya menuju jalan raya.

Patung Barbie dicampak ke tanah. Budak perempuan itu meluru masuk ke dalam rumah lalu menangis seorang diri.

Dia tidak akan pernah lupa saat itu dan dia tidak akan pernah lupa akan gelaran budak lelaki itu padanya.

Mickey Mouse!

















Sunday 3 March 2013

Cinta Si Jahil Bab 5


Salaam sayang buat pembaca semua... =)

Sori hampir seminggu tuan rumah menyepikan diri...

Sibuk sgtttttt...terkejar kesana kemari...penat sangat badan ni hah....*urut kaki senirik*

Tetapi buat pembaca yg sudi menjengah blog tak seberapa ni hah...i gagahkan juga meyiapkan bab ini....

bab 6 pun dah siap....cuma nak touch up kasi lip lap sahaja...

kalau i rajin malam ini inshaallah i naikkan ye?

=)

Comments are most welcome.....

sori kalau entry kali ini pun pendek juga...

++++++++++

“Selamat pagi sayang..”. Tubuh wanita tua itu dipeluk dari belakang lalu satu ciuman dihadiahkan pada pipi wanita tua itu.

“hish kamu ni Zayed...” Tubuh lelaki tidak berbaju itu ditampar perlahan. Dia tersenyum.  Lelaki itu pula ketawa kecil. Suka dapat menyakat wanita tua itu. Pelukan dileraikan.

“Mak Munah masak apa tu?”. Peti ais dibuka lalu jus oren dicapai kemudian dibawa ke meja.

“Mak Munah nak buat Nasi Tomato hah...Zania dah pesan semalam...dah lama tak makan katanya”. Mak Munah memberitahu dalam senyum. Hati tua dia gembira kerana anak muda itu berada di rumah hari ini.  Hari minggu.

“Mak Munah..” Zayed memanggil perlahan Mak Munah yang sedang mencuci beras disinki.

“Kenapa?”. Wanita tua itu berpaling.

“Lapar...”. Adu Zayed sambil tersenyum kambing. Menagih belas kasihan.

“Sarapan kamu ada bawah saji tu hah...Mak Munah dah simpan..” .Ujar Mak Munah.Makanan buat pemuda itu dia sudah simpan awal-awal. Dia tahu benar perangai anak muda itu.Balik lewat malam. Tidur awal pagi. Bangun tengahari.

“Kamu sudah mandi belum?”.Mak Munah bertanya ingin tahu. Nampak dari segi gaya rambut kena current tu macam belum lagi. Entah-entah gigi pun belum bersugi.

Beras kemudian ditanak di atas periuk nasi automatik. Senang. Tidak perlu jenuh menanti nasi masak atau bimbang nasi menjadi hangit.

Soalan tidak berjawab. Kepala dipaling kebelakang. Kelihatan Zayed sedang asyik menyuap mee goreng yang dimasaknya pagi tadi.

Tubuh Zayed tidak berbaju itu dipandang. Memang itu lah pakaian rasmi pemuda itu apabila di rumah. Seluar paras betis dan badan terbiar tidak bertutup.

‘Tak berubah jugak perangai budak ni’.

“hai Mak Munah” . Satu suara riang menegur.

“Assalamualaikum”. Mak Munah membalas.

“Waalaikummussalam...hehe”. Si gadis ceria tersengih. Lupa pula nak bagi salam.

“Zania dari mana pakai cantik-cantik ni?” . Tubuh si gadis yang berpakaian cantik berbaju kurung itu diperhati.

“Teman Mama..” Kaki diatur ke peti ais lalu dibuka.

“Pergi mana?”

“Pergi butik kawan dia...”. Coklat bar kegemarannya diambil.

“Mama mana?”. Jari telunjuk ditunjuk ke atas.  Mak munah mengerti. Faham benar dengan perangai Puan Sri Salmi yang langsung tidak mahu menjejak kaki ke dapur melainkan hanya untuk mengisi perutnya sahaja.

“Eii baru bangun ke orang tua ni?”. Zania menjerit kecil apabila baru perasaan si abang juga berada di dapur.

“Sibuk!” Zayed membalas.

Zania mencebik..“Malas nak layan..”

Tangan Mak munah yang rancak memotong ayam itu menarik minatnya.“Mak Munah masak apa?”

“Zania teka?”

“Nasi tomato!”. Mak Munah mengangguk mengiyakan.

“Sayang Mak Munah ketat-ketat”.Bahu kedua-bahu orang gaji rumahnya itu dipeluk erat. Mak Munah tersenyum girang. Anak-anak majikannya sentiasa membuat hati tua dia bahagia.

“Adik free petang nanti?”. Zayed tiba-tiba bertanya mencelah.

Zania mengerutkan dahi.“Shopping?”. Dia mengagak.

Zayed geleng. “Cinema”.

“Yeay!!!Sayang Angah!”. Zania melompat kegirangan.

Zayed mencebik. Macam budak kecik!

Bunyi enjin kereta masuk ke perkarangan rumah menangkap ke telinga mereka.

“Siapa tu?” . Dia pasti bunyi enjin kereta itu bukan milik Papanya.

Zania mengangkat kedua bahu. “No idea”.

“Hai sayang!!!”

Suara gedik itu membuat ketiga-tiga pasang mata menatap antara satu sama lain. Mulut ternganga mata membulat. 

Masalah sudah datang!

++++++++++

“Yang ni ok tak dik?”. Jubah moden itu dibelek-belek penuh minat.  Ayuni mengangguk.

Jubah yang dipegang diletakkan kembali pada tempat asalnya.

“Emm yang ni?” . Suliati bertanya penuh teruja. Kali ini jubah warna hijau pula jadi pilihannya.  Ayuni senyum sambil buat tanda “ok”.

“Hah! Yang ni adik? Cantik?”. Ayuni mengangguk malas. Dia sudah tidak bermaya melayan karenah kakak iparnya tu.

“Eii Uni tak membantu akak la...”. Suliati merungut sedikit merajuk.

Ayuni mengeluh. Pulak dah...dari tadi aku bagi pandangan tiada satu pun dia nak dengar. Sekarang mengata aku tidak membantu pula.  Kali ini sudah butik kesepuluh yang dimasuki di Mid Valley itu.  Satu pun tidak menepati citarasa kakaknya. Kononnyalah.

Ayuni menghampiri kakak iparnya.“Akak minat warna apa?”. Dia menyoal ingin membantu.

Wajah Ayuni menanti jawapan itu ditatap. “Biru gelap”.

Pilihan-pilihan jubah yang cantik tergantung di butik ditilik satu persatu.  Mencari kesesuaian dengan bakal si pemakai. Ukiran tubuh kakak iparnya sudah terlayar di fikiran.

“Rekaan macam ni akak berkenan?”. Sepasang jubah kain kaftan bersulam bersulam dibahagian dada dan hujung lengan ditayangkan kepada Suliati.

“Cantik...tapi ikut body sangat la...seksi..”. Suliati memberi komen mengikut citarasanya.

“Kalau kain jenis macam ni akak suka?”

Satu lagi jubah disuakan pada si kakak. Suliati mencapai jubah ditangan Ayuni. Kain jubah itu disentuh lembut.“Kain apa ni?”

“Kain ala-ala jeans macam tu...”. Ayuni memberitahu.

“Kain dia ringan je pakai...sejuk tau kalau pakai.”. Ayuni selaku penggemar jubah memberi informasi berdasarkan pengalamannya. Selaku die-hard fan jubah Ayuni sudah memakai bermacam jenis dan fesyen jubah yang terdapat di pasaran kini.

“Betul ni?”. Suliati bertanya ingin kepastian.

Ayuni mengangguk.

Suliati menilik penuh minat rekaan jubah ditangannya. Jubah itu direka menggunakan butang dari atas sampai ke hujung kaki. Terdapat dua poket kiri dan kanan. Comel. Macam gaya budak kecil aje!

“Akak pilih yang ni aje la...”.

Akhirnya Suliati membuat keputusan. Ayuni tersenyum senang apabila pilihan dia menepati citarasa kakaknya. Pekerja butik itu digamit lalu diserahkan jubah itu untuk dibungkus.

“Uni tak nak beli ke?”. Suliati bertanya apabila tangan adik iparnya kosong.

 Ayuni geleng.“Tak nak la kak..Uni dah banyak dah koleksi jubah ni..”

Suliati menengadah kedua-dua tangannya. Tangan diraup ke muka.“Alhamdulillah selamat duit akak...”

“eiii kedekut!”. Bahu Suliati ingin dicapai untuk dicubit. Suliati sempat menepis tangan Ayuni. Meletus ketawa sesama mereka.

“Betul ni tak nak?”. Suliati bertanya sekali lagi.

Ayuni menganguk. “Yes Madam!’

“Akak pergi bayar dulu ye..”

Suliati ke kaunter membuat bayaran. Setelah selesai dia segera mendapat mendapatkan Ayuni yang sudah terpacak diluar kedai.

“So..the next pit stop?”.  Suliati bertanya hala tuju mereka yang seterusnya.

“Lapar la kak..” Ayuni mengadu.

“Ok..kita makan dulu then balik...setuju?”. Suliati memberi cadangan.

“Makan mana?”. Suliati menyoal. Biar Ayuni yang membuat keputusan tempat makan mereka. Dia tidak kisah.

“Emmm something sweets ok tak akak?”.

“Akak on aje...janji boleh minum...haus sangat dah tekak ni”. Tekak keriang dan badan pulak sudah penat. Dia perlu segera mendapatkan kerusi untuk melepaskan lelah.

“Secret Recipe then?”.  

“Haip captain!”. Suliati buat gaya tabik hormat.  Kaki diatur menuju ke destinasi seterusnya.

++++++++++

“Bi!!kita nak ke mana ni?” Delia menjerit kecil. Beg tangannya yang hampir terlucut dibahu dibetulkan letaknya. Skirt ketat yang dipakai mengehadkan dia mengatur langkah panjang.

“You ikut saja boleh tak? Yang gatal sangat nak ikut tu kenapa?”. Zayed menjawab marah dalam nada tertahan. Delia tunduk takut.

“Masalahnya you kata nak tengok wayang...that’s why I ikut you...”. Tangan Zayed cuba dicapai untuk berjalan beriringan.. Zayed menepis.

“Lagipun kita dah lama tak keluar sama-sama kan...”. Delia cuba mengejar langkah kaki Zayed yang laju. Kaki dia yang terasa perit dibiarkan.

“I tak ada mood!”. Zayed menjawab rimas.

“Ok! Ok! But can we stop somewhere? Kaki I sakit...”.  Delia sudah mengaduhkan kesakitan. Zayed  menghentikan langkahnya. Bangku kayu yang kebetulan berada tidak jauh dari mereka disinggah.

Delia melabuhkan duduk disebelah Zayed. Sepatu tumit tinggi yang dipakainya ditanggalkan. Tangan menyentuh perlahan tumit kakinya yang sudah nampak merah.

“Bi..you tengok kaki I ni...dah merah dah..sakit tau..”. Zayed mencebik. Memang dia sengaja mendera wanita itu berjalan dari aras paling bawah sehingga sekarang mereka berada di tingkat 5 Mid Valley.

“Bi! You dengar tak I cakap ni?”. Delia mengasak apabila tiada respons positif daripada Zayed.

“Kau diam boleh tak!”. Zayed menengking.

Delia terpempan. Tidak pernah selama ini ada manusia yang meninggikan suara memarahi dia sebegitu.

“You....” suara Delia berubah nada. Ada sendu dalam suaranya itu. Sungguh dia terasa hati apabila disergah sebegitu.

“You tak pernah marah I sebelum ni....”. Mata Delia mula berkaca.

Zayed mula rasa bersalah. Dia tahu benar wanita disebelahnya ini memang jenis manja. Telefon dalam poket bergetar sebelum menjerit minta berjawab.

“Hello?”

+Aku nak jumpa kau malam ni.

Suara dihujung talian dikenal pasti. Dia tersenyum.

“Dimana?

+Tempat biasa

“Ok..”Talian dimatikan.

“You nak pergi mana?”. Delia menyoal apabila Zayed sudah bangkit berdiri.

“Balik”. Kaki sudah berjalan menghala lif berhampiran.

“Bi!! Tunggu!!” Terkocoh-kocoh Delia memakai sepatu rumit tingginya. Sedang pada itu lif pula sudah ternganga. Zayed sudah masuk mengisi perut lif.

"Bi!!!!". 

++++++++++

“Eh tak sangka jumpa cikgu Ayuni disini..” Sapa pemuda itu ramah.

 Ayuni memaniskan wajah. Suliati tersenyum menyapa dua pemuda dihadapannya.

“Fauzi buat apa disini?” Ayuni bertanya sekadar berbasa basi. Niat dihati mahu sahaja dia mengangkat kaki meninggalkan manusia didepannya ini. Namun akal warasnya masih rasional dalam membuat keputusan.

“Teman adik saya beli barang cikgu..”

Ayuni mengangguk memahami.“Oh adik cikgu...”.

Fahmi disebelah abangnya tersengih.

“Siapa sebelah Ayuni ni pula?”. Fauzi bertanya ingin tahu.

“Oh lupa pula saya nak perkenalkan...yang cantik manis sebelah saya ni kakak ipar saya...”. Ayuni memperkenalkan kakak iparnya. 

"Kak..ini Fauzi..kawan sekolah Uni..". Suliati mengangguk.

“Err cikgu berdua ni nak ke mana?”. Fauzi ingin tahu. Hati dia gembira dengan pertemuan yang tidak dirancang ini.

“Kami nak pergi makan?”. Belum sempat Ayuni buka mulut Suliati sudah menyampuk.

“Eh sama lah dengan kitorang...”. Fauzi memberitahu teruja.Fahmi memandang pelik abangnya.

‘’Makan?Bukan baru lepas makan ke tadi?’. Fahmi bermonolog dalam hati.

“Cikgu berdua nak makan dimana?”. Fauzi bijak mencungkil hala tuju dua wanita itu.

“Cadangnya nak makan di Secret Recipe aje...Uni ni hah nak makan kek..”. Suliati ramah menjawab. Ayuni hanya mampu pasrah. Niat mahu berselindung hala tuju mereka terpaksa berkubur dalam hati sahaja.

“Eh elok la tu...kami pun nak makan Secret Recipe juga...Adik saya Fahmi ni mahu makan kek coklat katanya...mengidam ke apa tak tau la saya..”.  Fauzi membuat penjelasan tanpa dipinta.

“So boleh la kami bergerak sama-sama dengan cikgu kan?”. Fauzi meminta izin Ayuni. Wanita itu senyap sahaja seketika tadi.

Ayuni mengangguk redha.  Belum sempat kaki melangkah , telefon Ayuni di dalam beg tangannya berbunyi menandakan satu panggilan sedang masuk. Nama pemanggil yang tertera dibaca sekilas sebelum butang 'answer' ditekan.

“Hello Assalamualaikum.” Dia memberi salam menyapa si pemanggil.

+Aku nak jumpa kau.

Si pemanggil laju menyampaikan maklumat. Salam diberi tidak bersambut.

“Bila?”

+Sekarang.

Ayuni mengerut dahi.

“Jumpa kat mana?”

+Aku datang rumah kau.

Talian dimatikan. Ayuni memandang tiga pasang mata yang merenung padanya dengan rasa serba salah.

“Sori Fauzi...saya kena balik...ada hal penting..” Ayuni terpaksa meminta diri. Fauzi mengangguk memahami.

“Jom kak..”. Ayuni menggamit kakaknya. Suliati mengangguk memahami situasi adiknya.

“ Assalamualaikum”.

Salam wanita itu dijawab perlahan. Langkah dua wanita itu dihantar hingga hilang dari pandangan mereka.

“Siapa tadi tu bang?”. Fahmi menyoal abangnya.

“Kenapa?”. Fauzi bertanya kembali.

“Cantik gila kawan abang tadi..”

“Kau jangan nak mengada...”. Kepala adiknya disekeh.

“Itu aku yang punya”.

Kaki melangkah tanpa arah tuju.