..::Mereka yang Suka::..

Sunday 3 March 2013

Cinta Si Jahil Bab 5


Salaam sayang buat pembaca semua... =)

Sori hampir seminggu tuan rumah menyepikan diri...

Sibuk sgtttttt...terkejar kesana kemari...penat sangat badan ni hah....*urut kaki senirik*

Tetapi buat pembaca yg sudi menjengah blog tak seberapa ni hah...i gagahkan juga meyiapkan bab ini....

bab 6 pun dah siap....cuma nak touch up kasi lip lap sahaja...

kalau i rajin malam ini inshaallah i naikkan ye?

=)

Comments are most welcome.....

sori kalau entry kali ini pun pendek juga...

++++++++++

“Selamat pagi sayang..”. Tubuh wanita tua itu dipeluk dari belakang lalu satu ciuman dihadiahkan pada pipi wanita tua itu.

“hish kamu ni Zayed...” Tubuh lelaki tidak berbaju itu ditampar perlahan. Dia tersenyum.  Lelaki itu pula ketawa kecil. Suka dapat menyakat wanita tua itu. Pelukan dileraikan.

“Mak Munah masak apa tu?”. Peti ais dibuka lalu jus oren dicapai kemudian dibawa ke meja.

“Mak Munah nak buat Nasi Tomato hah...Zania dah pesan semalam...dah lama tak makan katanya”. Mak Munah memberitahu dalam senyum. Hati tua dia gembira kerana anak muda itu berada di rumah hari ini.  Hari minggu.

“Mak Munah..” Zayed memanggil perlahan Mak Munah yang sedang mencuci beras disinki.

“Kenapa?”. Wanita tua itu berpaling.

“Lapar...”. Adu Zayed sambil tersenyum kambing. Menagih belas kasihan.

“Sarapan kamu ada bawah saji tu hah...Mak Munah dah simpan..” .Ujar Mak Munah.Makanan buat pemuda itu dia sudah simpan awal-awal. Dia tahu benar perangai anak muda itu.Balik lewat malam. Tidur awal pagi. Bangun tengahari.

“Kamu sudah mandi belum?”.Mak Munah bertanya ingin tahu. Nampak dari segi gaya rambut kena current tu macam belum lagi. Entah-entah gigi pun belum bersugi.

Beras kemudian ditanak di atas periuk nasi automatik. Senang. Tidak perlu jenuh menanti nasi masak atau bimbang nasi menjadi hangit.

Soalan tidak berjawab. Kepala dipaling kebelakang. Kelihatan Zayed sedang asyik menyuap mee goreng yang dimasaknya pagi tadi.

Tubuh Zayed tidak berbaju itu dipandang. Memang itu lah pakaian rasmi pemuda itu apabila di rumah. Seluar paras betis dan badan terbiar tidak bertutup.

‘Tak berubah jugak perangai budak ni’.

“hai Mak Munah” . Satu suara riang menegur.

“Assalamualaikum”. Mak Munah membalas.

“Waalaikummussalam...hehe”. Si gadis ceria tersengih. Lupa pula nak bagi salam.

“Zania dari mana pakai cantik-cantik ni?” . Tubuh si gadis yang berpakaian cantik berbaju kurung itu diperhati.

“Teman Mama..” Kaki diatur ke peti ais lalu dibuka.

“Pergi mana?”

“Pergi butik kawan dia...”. Coklat bar kegemarannya diambil.

“Mama mana?”. Jari telunjuk ditunjuk ke atas.  Mak munah mengerti. Faham benar dengan perangai Puan Sri Salmi yang langsung tidak mahu menjejak kaki ke dapur melainkan hanya untuk mengisi perutnya sahaja.

“Eii baru bangun ke orang tua ni?”. Zania menjerit kecil apabila baru perasaan si abang juga berada di dapur.

“Sibuk!” Zayed membalas.

Zania mencebik..“Malas nak layan..”

Tangan Mak munah yang rancak memotong ayam itu menarik minatnya.“Mak Munah masak apa?”

“Zania teka?”

“Nasi tomato!”. Mak Munah mengangguk mengiyakan.

“Sayang Mak Munah ketat-ketat”.Bahu kedua-bahu orang gaji rumahnya itu dipeluk erat. Mak Munah tersenyum girang. Anak-anak majikannya sentiasa membuat hati tua dia bahagia.

“Adik free petang nanti?”. Zayed tiba-tiba bertanya mencelah.

Zania mengerutkan dahi.“Shopping?”. Dia mengagak.

Zayed geleng. “Cinema”.

“Yeay!!!Sayang Angah!”. Zania melompat kegirangan.

Zayed mencebik. Macam budak kecik!

Bunyi enjin kereta masuk ke perkarangan rumah menangkap ke telinga mereka.

“Siapa tu?” . Dia pasti bunyi enjin kereta itu bukan milik Papanya.

Zania mengangkat kedua bahu. “No idea”.

“Hai sayang!!!”

Suara gedik itu membuat ketiga-tiga pasang mata menatap antara satu sama lain. Mulut ternganga mata membulat. 

Masalah sudah datang!

++++++++++

“Yang ni ok tak dik?”. Jubah moden itu dibelek-belek penuh minat.  Ayuni mengangguk.

Jubah yang dipegang diletakkan kembali pada tempat asalnya.

“Emm yang ni?” . Suliati bertanya penuh teruja. Kali ini jubah warna hijau pula jadi pilihannya.  Ayuni senyum sambil buat tanda “ok”.

“Hah! Yang ni adik? Cantik?”. Ayuni mengangguk malas. Dia sudah tidak bermaya melayan karenah kakak iparnya tu.

“Eii Uni tak membantu akak la...”. Suliati merungut sedikit merajuk.

Ayuni mengeluh. Pulak dah...dari tadi aku bagi pandangan tiada satu pun dia nak dengar. Sekarang mengata aku tidak membantu pula.  Kali ini sudah butik kesepuluh yang dimasuki di Mid Valley itu.  Satu pun tidak menepati citarasa kakaknya. Kononnyalah.

Ayuni menghampiri kakak iparnya.“Akak minat warna apa?”. Dia menyoal ingin membantu.

Wajah Ayuni menanti jawapan itu ditatap. “Biru gelap”.

Pilihan-pilihan jubah yang cantik tergantung di butik ditilik satu persatu.  Mencari kesesuaian dengan bakal si pemakai. Ukiran tubuh kakak iparnya sudah terlayar di fikiran.

“Rekaan macam ni akak berkenan?”. Sepasang jubah kain kaftan bersulam bersulam dibahagian dada dan hujung lengan ditayangkan kepada Suliati.

“Cantik...tapi ikut body sangat la...seksi..”. Suliati memberi komen mengikut citarasanya.

“Kalau kain jenis macam ni akak suka?”

Satu lagi jubah disuakan pada si kakak. Suliati mencapai jubah ditangan Ayuni. Kain jubah itu disentuh lembut.“Kain apa ni?”

“Kain ala-ala jeans macam tu...”. Ayuni memberitahu.

“Kain dia ringan je pakai...sejuk tau kalau pakai.”. Ayuni selaku penggemar jubah memberi informasi berdasarkan pengalamannya. Selaku die-hard fan jubah Ayuni sudah memakai bermacam jenis dan fesyen jubah yang terdapat di pasaran kini.

“Betul ni?”. Suliati bertanya ingin kepastian.

Ayuni mengangguk.

Suliati menilik penuh minat rekaan jubah ditangannya. Jubah itu direka menggunakan butang dari atas sampai ke hujung kaki. Terdapat dua poket kiri dan kanan. Comel. Macam gaya budak kecil aje!

“Akak pilih yang ni aje la...”.

Akhirnya Suliati membuat keputusan. Ayuni tersenyum senang apabila pilihan dia menepati citarasa kakaknya. Pekerja butik itu digamit lalu diserahkan jubah itu untuk dibungkus.

“Uni tak nak beli ke?”. Suliati bertanya apabila tangan adik iparnya kosong.

 Ayuni geleng.“Tak nak la kak..Uni dah banyak dah koleksi jubah ni..”

Suliati menengadah kedua-dua tangannya. Tangan diraup ke muka.“Alhamdulillah selamat duit akak...”

“eiii kedekut!”. Bahu Suliati ingin dicapai untuk dicubit. Suliati sempat menepis tangan Ayuni. Meletus ketawa sesama mereka.

“Betul ni tak nak?”. Suliati bertanya sekali lagi.

Ayuni menganguk. “Yes Madam!’

“Akak pergi bayar dulu ye..”

Suliati ke kaunter membuat bayaran. Setelah selesai dia segera mendapat mendapatkan Ayuni yang sudah terpacak diluar kedai.

“So..the next pit stop?”.  Suliati bertanya hala tuju mereka yang seterusnya.

“Lapar la kak..” Ayuni mengadu.

“Ok..kita makan dulu then balik...setuju?”. Suliati memberi cadangan.

“Makan mana?”. Suliati menyoal. Biar Ayuni yang membuat keputusan tempat makan mereka. Dia tidak kisah.

“Emmm something sweets ok tak akak?”.

“Akak on aje...janji boleh minum...haus sangat dah tekak ni”. Tekak keriang dan badan pulak sudah penat. Dia perlu segera mendapatkan kerusi untuk melepaskan lelah.

“Secret Recipe then?”.  

“Haip captain!”. Suliati buat gaya tabik hormat.  Kaki diatur menuju ke destinasi seterusnya.

++++++++++

“Bi!!kita nak ke mana ni?” Delia menjerit kecil. Beg tangannya yang hampir terlucut dibahu dibetulkan letaknya. Skirt ketat yang dipakai mengehadkan dia mengatur langkah panjang.

“You ikut saja boleh tak? Yang gatal sangat nak ikut tu kenapa?”. Zayed menjawab marah dalam nada tertahan. Delia tunduk takut.

“Masalahnya you kata nak tengok wayang...that’s why I ikut you...”. Tangan Zayed cuba dicapai untuk berjalan beriringan.. Zayed menepis.

“Lagipun kita dah lama tak keluar sama-sama kan...”. Delia cuba mengejar langkah kaki Zayed yang laju. Kaki dia yang terasa perit dibiarkan.

“I tak ada mood!”. Zayed menjawab rimas.

“Ok! Ok! But can we stop somewhere? Kaki I sakit...”.  Delia sudah mengaduhkan kesakitan. Zayed  menghentikan langkahnya. Bangku kayu yang kebetulan berada tidak jauh dari mereka disinggah.

Delia melabuhkan duduk disebelah Zayed. Sepatu tumit tinggi yang dipakainya ditanggalkan. Tangan menyentuh perlahan tumit kakinya yang sudah nampak merah.

“Bi..you tengok kaki I ni...dah merah dah..sakit tau..”. Zayed mencebik. Memang dia sengaja mendera wanita itu berjalan dari aras paling bawah sehingga sekarang mereka berada di tingkat 5 Mid Valley.

“Bi! You dengar tak I cakap ni?”. Delia mengasak apabila tiada respons positif daripada Zayed.

“Kau diam boleh tak!”. Zayed menengking.

Delia terpempan. Tidak pernah selama ini ada manusia yang meninggikan suara memarahi dia sebegitu.

“You....” suara Delia berubah nada. Ada sendu dalam suaranya itu. Sungguh dia terasa hati apabila disergah sebegitu.

“You tak pernah marah I sebelum ni....”. Mata Delia mula berkaca.

Zayed mula rasa bersalah. Dia tahu benar wanita disebelahnya ini memang jenis manja. Telefon dalam poket bergetar sebelum menjerit minta berjawab.

“Hello?”

+Aku nak jumpa kau malam ni.

Suara dihujung talian dikenal pasti. Dia tersenyum.

“Dimana?

+Tempat biasa

“Ok..”Talian dimatikan.

“You nak pergi mana?”. Delia menyoal apabila Zayed sudah bangkit berdiri.

“Balik”. Kaki sudah berjalan menghala lif berhampiran.

“Bi!! Tunggu!!” Terkocoh-kocoh Delia memakai sepatu rumit tingginya. Sedang pada itu lif pula sudah ternganga. Zayed sudah masuk mengisi perut lif.

"Bi!!!!". 

++++++++++

“Eh tak sangka jumpa cikgu Ayuni disini..” Sapa pemuda itu ramah.

 Ayuni memaniskan wajah. Suliati tersenyum menyapa dua pemuda dihadapannya.

“Fauzi buat apa disini?” Ayuni bertanya sekadar berbasa basi. Niat dihati mahu sahaja dia mengangkat kaki meninggalkan manusia didepannya ini. Namun akal warasnya masih rasional dalam membuat keputusan.

“Teman adik saya beli barang cikgu..”

Ayuni mengangguk memahami.“Oh adik cikgu...”.

Fahmi disebelah abangnya tersengih.

“Siapa sebelah Ayuni ni pula?”. Fauzi bertanya ingin tahu.

“Oh lupa pula saya nak perkenalkan...yang cantik manis sebelah saya ni kakak ipar saya...”. Ayuni memperkenalkan kakak iparnya. 

"Kak..ini Fauzi..kawan sekolah Uni..". Suliati mengangguk.

“Err cikgu berdua ni nak ke mana?”. Fauzi ingin tahu. Hati dia gembira dengan pertemuan yang tidak dirancang ini.

“Kami nak pergi makan?”. Belum sempat Ayuni buka mulut Suliati sudah menyampuk.

“Eh sama lah dengan kitorang...”. Fauzi memberitahu teruja.Fahmi memandang pelik abangnya.

‘’Makan?Bukan baru lepas makan ke tadi?’. Fahmi bermonolog dalam hati.

“Cikgu berdua nak makan dimana?”. Fauzi bijak mencungkil hala tuju dua wanita itu.

“Cadangnya nak makan di Secret Recipe aje...Uni ni hah nak makan kek..”. Suliati ramah menjawab. Ayuni hanya mampu pasrah. Niat mahu berselindung hala tuju mereka terpaksa berkubur dalam hati sahaja.

“Eh elok la tu...kami pun nak makan Secret Recipe juga...Adik saya Fahmi ni mahu makan kek coklat katanya...mengidam ke apa tak tau la saya..”.  Fauzi membuat penjelasan tanpa dipinta.

“So boleh la kami bergerak sama-sama dengan cikgu kan?”. Fauzi meminta izin Ayuni. Wanita itu senyap sahaja seketika tadi.

Ayuni mengangguk redha.  Belum sempat kaki melangkah , telefon Ayuni di dalam beg tangannya berbunyi menandakan satu panggilan sedang masuk. Nama pemanggil yang tertera dibaca sekilas sebelum butang 'answer' ditekan.

“Hello Assalamualaikum.” Dia memberi salam menyapa si pemanggil.

+Aku nak jumpa kau.

Si pemanggil laju menyampaikan maklumat. Salam diberi tidak bersambut.

“Bila?”

+Sekarang.

Ayuni mengerut dahi.

“Jumpa kat mana?”

+Aku datang rumah kau.

Talian dimatikan. Ayuni memandang tiga pasang mata yang merenung padanya dengan rasa serba salah.

“Sori Fauzi...saya kena balik...ada hal penting..” Ayuni terpaksa meminta diri. Fauzi mengangguk memahami.

“Jom kak..”. Ayuni menggamit kakaknya. Suliati mengangguk memahami situasi adiknya.

“ Assalamualaikum”.

Salam wanita itu dijawab perlahan. Langkah dua wanita itu dihantar hingga hilang dari pandangan mereka.

“Siapa tadi tu bang?”. Fahmi menyoal abangnya.

“Kenapa?”. Fauzi bertanya kembali.

“Cantik gila kawan abang tadi..”

“Kau jangan nak mengada...”. Kepala adiknya disekeh.

“Itu aku yang punya”.

Kaki melangkah tanpa arah tuju.












No comments:

Post a Comment