..::Mereka yang Suka::..

Saturday 23 February 2013

Cinta Si Jahil Bab 4

Salaam =)

Entri ni pendek je...saya mintak maap..huhuhu~

Entri ni Zayed x de...tggu nxt entri ye...

Plissss comments...kalo sudi n rasa x susah..by the way sudi baca pun dah ok =)

++++++++++


Fauzi membuka pintu. Matanya mengintai-ngintai jika orang yang dinanti akan sampai. Kepala didongak ke langit. Hanya bintang-bintang yang menghiasi cakerawala malam  ini. Dimanakah bulan?Tidak munculkah ia malam ini?Pasti pungguk kerinduan....macam dia juga...rindukan si dia...

“Kenapa lama sangat ni...". Dia merungut kecil. Pintu ditutup.

Tidak senang duduk Fauzi dibuatnya. Otaknya memikirkan segala yang bakal terjadi. Akan terimakah dia?Atau....Fauzi tidak sanggup memikirkannya. Hati berdoa agar rezeki berpihak pada dia kali ini.

Fahmi dimeja makan bersama buku-buku sekolahnya memandang pelik kepada tingkah abangnya itu. Dari tadi kehulu kehilir macam laki hilang bini dah gayanya. Tapi nak kata orang tengah hilang bini abangnya yang sudah masuk 30 tahun tu belum berkahwin pun lagi. Jadi kenapa ye?

“Abang ni kenapa?kehulu kehilir...rimas la....cuba duduk diam-diam atas kerusi tu...ganggu orang study tahu tak? Dah la esok ada exam percubaan..". Fahmi menegur perbuatan abangnya itu. Esok dia akan menempuh exam Pra- STPM yang tidak kurang pentingnya.

 “Kau pergi la study dalam bilik kau tu....yang kau study depan aku ni kenapa?". Fauzi membalas. Tak nampak ke aku ni dah gaya macam kucing hilang anak sekarang ni...

“Salahkan saya pulak...memang saya study kat sini tiap-tiap malam kan?Abang tu yang selalu terperap dalam bilik abang tu...". Hah hembek kau. Kenyataan yang mampu membuat mulut Fauzi terkunci rapat. Dia yang buat perangai luar alam. Salahkan aku pulak.

Fauzi menjeling adiknya dengan ekor mata. Dia mendengus geram. Menjawab pulak budak ni.

Seketika keadaan kembali hening antara mereka. Dalam pada itu Fahmi tetap memerhati gerak geri abangnya. Sekejap berdiri. Lepas tu duduk balik. Sekejap kemudian bangun semula. Dia geleng kepala. Lebih baik tak payah layan. Tak jadi study aku malam ni kalau terus macam ni. Buku ditutup. Niat di hati lebih baik dia study di atas katil di dalam biliknya.

Fauzi mengerling jam di dinding. Sudah hampir pukul 10 malam. Tak boleh jadi ni! Handset di atas meja kopi dicapai. Nombor Ayahnya didail. Belum sempat panggilan bersambut kedengaran bunyi kereta menjalar masuk ke garaj. Butang End Call ditekan. 

“Hah tu ayah dan ibu dah balik". Fahmi yang baru sahaja memegang tombol pintu berhajat ingin masuk kebiliknya bersuara.

 “Assalamualaikum." Haji Shuib memberi salam seraya masuk ke dalam rumah. Hajah Siah menuruti di belakang suaminya.

“Waalaikummussalam". Dua beradik itu menjawab salam serentak.  Haji Shuib melabuhkan duduk di sebelah anak sulungnya. Hajah Siah pula duduk bertentangan dengan mereka.

“Lambat ayah dan ibu balik?”. Fahmi yang tercegat didepan pintu bilik bersuara.

“Haji Kamal ajak kami makan malam bersama tadi.." Haji Shuib memberitahu. Bersemangat pula haji Kamal mengajak mereka supaya makan malam bersama tadi. Dia yang berkira mahu pulang tidak sampai hati menolak.

Fahmi mengangguk memahami kemudian memboloskan diri ke dalam bilik tidurnya. Fauzi pula hanya diam menanti perkhabaran daripada kedua orang tuanya.

“Hmmmmm.." Kedengaran satu keluhan berat dilepaskan Hajah Siah. Mengenangkan perangai anak sulongnya itu kepala dia boleh naik pening. Nasib baik dia dan Hajah Kamariah merupakan sahabat lama. Kalau tidak muka dia ni tak tahu nak sorok di mana mengenangkan permintaan anaknya itu. Dikenangkan anak sendiri terpaksa jua dia turuti.

Fauzi menekur bagai pesalah yang sedang menanti hukuman dijatuhkan. Dalam pada itu matanya mengamati wajah keruh ibunya itu. Please say something ibu...Hatinya meminta.

“Ibu masuk bilik dulu.." Hajah Siah bersuara.  Badannya bangkit dari sofa ingin menuju ke biliknya. Fauzi duduk tegak. Masuk bilik? Habis tu aku ni macam mana?

“ibu...errr.."Fauzi cuba menahan langkah kaki ibunya itu.

“Kamu faham-faham sendiri lah!". Hajah Siah menjawab geram.

“Ayah....". Fauzi cuba mendapatkan Haji Shuib disebelahnya pula. Haji Shuib mengeleng kecil. Cuba menyampaikan jawapan melalui isyarat kepalanya. Dia kemudian menuruti isterinya menuju ke bilik. Badan Fauzi sempat ditepuk perlahan.

Fauzi terjelopok dia atas sofa. Butang baju melayu cekak musang yang dipakainya itu ditanggalkan. Rambut diramas kasar.

“Ayuni...". Nama wanita pujaan hatinya diseru perlahan. Wajah manis empunya nama bermain dimata. Hati dia walang.

++++++++++

Kaki diatur menaiki tangga dengan malas. Badan terasa penat yang tidak tertanggung. Terkejar ke sana ke mari menguruskan setiap pesakit sungguh meletihkan setiap tulang belulang dalam badannya.

Cahaya disebalik pintu dari bilik adiknya menghentikan aturan langkahnya. Tak tidur laki ke budak tu? 
Rolex ditangan dipandang. Sudah hampir mencecah 2 pagi. Langkah kaki beralih arah menuju ke pintu bilik adiknya. Tombol pintu dicapai.

“Tak tidur lagi?" Arsyad menegur dalam senyum.

“Nak masuk bilik orang lain kali ketuk dulu...". Arsyad sengih mendengar jawapan dari adiknya itu. Daun pintu ditutup rapat.

"Siapa suruh tak kunci?"

"Lupa..."

“Kenapa tak tidur lagi ni?" Arsyad mengambil duduk dibirai katil milik adiknya." Esok tak kerja?". Ayuni di meja study dipandang.

“Tak boleh tidur.."Ayuni menjawab malas.

“Kenapa? Adik sakit ke?"Arsyad bertanya risau.

 “Kenapa abang masuk bilik adik ni?". Ayuni menjawab soalan dengan soalan juga. Soalan abangnya biar tergantung tidak berjawapan. Memang dia sakit. Sakit kepala.

 “Adik...". Arsyad memanggil lembut nama panggilan Ayuni dalam keluarganya.

Ayuni memusingkan badan menghadap abangnya. "Ada apa?".

“Adik...terima ke?". Arsyad menanya terus pokok tujuan dia masuk ke bilik adiknya itu. Ayuni buat muka. Dah agak dah mesti nak tanya pasal benda ni.

"Tanya isteri abang". Badan dipusingkan semula menghadap meja. “Uni malas nak cerita”. Ayuni menyambung kata.

“Cerita la dik...abang tak sabar nak tahu ni..". Kerusi yang diduduki Ayuni digoyangkan. Ayuni ketap bibir. Dia rimas diperlaku begitu. Agak-agak la aku nak kena jadi Tok Dalang pepagi buta ni. Putus fius ke apa abang aku ni?

“Adik terima ke?". Arsyad mengulangi soalannya.

 “Pergi masuk bilik abang lah! Isteri abang tengah tunggu tu...”Ayuni menghalau Arsyad. Menyesal pulak aku tak kunci pintu tadi.

“Tak...dia dah tidur dah...". Ayuni mendengus kecil. Perlu ke aku heret telinga abang aku ni supaya dia keluar?

“Cerita la kat abang apa yang berlaku tadi..." Arsyad memujuk.  Sungguh dia tidak sabar ingin tahu kisah adiknya itu.

“Abang tak kerja ke esok?"

Arsyad geleng."offday."

So shall we start now?". Kening diangkat buat gaya double jerk. Wajah lesu Arsyad dipandang. Tak kenal erti penat ke Doktor ni hah?

 Untuk malam itu ditemani bunyi cengkerik dan unggas Ayuni menjadi penglipur lara buat si Doktor. Hikayat ala-ala Puteri-Gunung-Ledang-Zaman-Moden di replay untuk kesekian kalinya.

++++++++++

Lima pasang mata memandang tepat ke arahnya. Menanti bibir dia memuntahkan jawapan. Ayuni tunduk menekur lantai. Tidak berani bertentang mata dengan mereka yang memandang. Air liur ditelan. Tidak berperisa.

 “Kami tak paksa Ayuni...kalau tak nak terima..hati kami redha....". Hajah Siah memulakan pokok pertemuan. Haji Shuib mengangguk. Namun jauh disudut hati dia amat mengharap pertemuan kali ini dapat mengikat tali persaudaraan mereka.

Ayuni diam tidak berkutik. Hati memberat untuk meluahkan rasa hatinya. Walaupun hati dan akal sudah sebulat suara mencapai kata putus namun bila berdepan situasi sebegini lidah dia kelu.

“Ayuni.....". Haji Kamal memanggil lembut nama anaknya. Wajah Babanya dipandang.

“Uni..".Ayuni bersuara ketar. Ada getaran dalam suaranya. Wajah Hajah Siah ditenung. Sinaran harapan yang terpancar dari wajah tua itu membuatkan dia lemah.

Ayuni menekur lantai sekali lagi. Dia tidak mampu meneruskannya.

 “Uni minta maaf..". Ayuni bersuara bagaikan berbisik namun masih dapat didengar oleh semua sidang ahli diruang tamu rumah itu.

Wajah Hajah Siah bertukar corak . Dia mengerti makna 'minta maaf' daripada gadis itu. Bibir segera ditarik mengukir senyuman. Tidak mahu Hajah kamariah dan Haji Kamil tahu dia terasa hati.

“Tak apa Uni jangan rasa bersalah...Mak Siah terima”. Hajah Siah memujuk gadis berhati rawan itu.

Haji Shuib mengangguk.“Pak Shuib pun terima juga..”. Sudat adat orang merisik pasti jawapannya adalah 'menerima' atau 'menolak' sahaja. Dia redha andai risikan bagi pihak anak lelakinya ini ditolak.

Haji Kamil dan isteri hanya menjadi pemerhati. Apabila berdepan urusan mengikat ikatan simpul mati ini biar anak mereka sendiri yang memutuskan keputusan. Suliati disebelah mencapai tangan adik iparnya lalu digenggam erat.

“Uni minta maaf pada Mak Siah dan Pak Shuib..Uni belum bersedia lagi..".

“hish sudah!sudah! Mak Siah cakap tak mengapa...Mak Siah terima..Uni mari duduk sebelah mak Siah ni!”. Gadis itu digamit duduk disebelahnya. Ayuni memandang wajah ceria Hajah Siah. Dia akur lalu mengambil tempat disebelah wanita peretengahan umur itu.

Belakang kepala Ayuni disentuh lembut “Uni Mak Siah dah anggap macam anak Mak Siah sendiri dah.." Tangan Ayuni dicapai lalu digenggam kemas. “dari kecil lagi Ayuni membesar depan mata Mak Siah tahu?kalau dulu Ayuni comel sekarang ni Ayuni dah besar dan makin cantik dah mak Siah tengok..".Bibir mengukir senyuman manis. Tangan Ayuni diusap lembut. Wajah gadis itu ditatap."Ayuni jangan rasa bersalah...Ayuni tak salah apa-apa..orang baik dan solehah macam Ayuni  siapa yang tak berkenan nak dibuat menantu?". Hajah Siah ketawa. Begitu juga isi rumah yang lain.

“Kalau tak ada apa-apa kami mintak diri dulu ye Haji...Hajah..". Haji Shuib mencelah.

“Tak payah balik dulu Haji..makan malam kat sini aje.Maghrib pun dah nak masuk. Solat kat sini berjemaah sama-sama..". Haji Kamil mencadang.

Hajah kamariah mengangguk."Betul tu...biar kami bertiga memasak...sekejap aje pun masaknya...tangan banyak hah menolong..". Suliati mengangguk bersetuju.

Haji Shuib serba salah diasak begitu.

“Saya pun ada Hajah nak tolong..". Hajah Siah menyampuk.

“Ye lah.."Haji Shuib menjawab bersetuju.

“Lelaki duduk sini sembang.Biar kami wanita-wanita didapur memasak..”Hajah Kamariah angkat kaki beredar ke dapur diikuti Hajah Siah, Ayuni dan Suliati.

“Apa pandangan Ayuni pada anak lelaki Mak Siah tu?".  Hajah Siah memancing perbualan ketika mereka sama-sama duduk di meja makan melakukan tugas-tugas memotong sayur. Suliati yang medengar pertanyaan itu ketawa kecil. Umminya tiada kerana beredar ke belakang rumah memetik daun kari. Cadangnya menu makan malam adalah kari ayam dan sayur campur goreng sahaja.

“Ok je..". Ayuni memilih jawapan yang selamat. Wajah Fauzi terlayar dalam kotak fikiran tanpa diundang.

“Ok je?". Hajah Siah bertanya tidak puas hati. Dia ingin tahu sejauh mana gadis ini mengenali anaknya.
Ayuni mengangguk.

“Fauzi ada cuba mengorat Ayuni?".

Ayuni menggeleng. “Tak ada Mak Siah...". Ayuni menyatakan kebenaran. "bercakap pun jarang-jarang sekali..".Ayuni menyambung kata-katanya.

“jadi Ayuni tak pernah berkenalan lah dengan Fauzi?". Hajah Siah bertanya tidak percaya. Habis disuruh aku datang merisik ni kenapa? Memang nak kena budak ni! Aku ingatkan Ayuni berkenan la jugak pada kau Fauzi oi..rupanya tidak! Kau yang tak reti masuk jarum!

“Kami rakan sekerja aje..."Bawang putih dikupas kulitnya.

Jauh disudut hati dia pun pelik sebenarnya apabila dapat tahu Fauzi meminati dia dalam diam. Dan yang buat dia hampir gugur jantung apabila Baba mengkhabarkan bahawa Fauzi ingin menghantar wakil untuk merisik.

Hajah Siah menimbang setiap jawapan Ayuni pada setiap soalannya. Dia dapat membaca bahawa hubungan anak lelakinya dengan Ayuni tidak lebih daripada sekadar rakan sekerja. Alahai Fauzi...patutlah kau kena tolak...bertepuk sebelah tangan kau rupanya!

 

No comments:

Post a Comment