..::Mereka yang Suka::..

Friday 22 February 2013

Cinta Si Jahil Bab 3


Salaam semua =)

lama sgt meninggalkan blog ini. Harap anda semua gembira baca this entry.

+++++++++

Mentari mengganti bulan. Bukti bahawa bumi masih menjalankan tanggungjawabnya beredar diatas paksi mengelilingi Sang Mentari.

 Ayuni menjalani hari-harinya seperti biasa. Ayuni duduk takzim meneliti setiap tulisan tangan anak-anak muridnya.

“Cikgu! Farouq ambil pensel warna saya!”. Suara budak lelaki berusia 6 tahun tiba-tiba memecah kesunyian dalam kelas Pra-sekolah itu.

Ayuni mengangkat kepala. Kerjanya menanda buku latihan yang diberi semalam terhenti.

“Ada apa Daniel?”. Ayuni bersuara. Dia tidak menangkap dengan jelas perkara yang disampaikan Daniel tadi.

“Farouq...” Tangan kiri di talakan kepada empunya nama. Farouq ditempat duduknya buat muka tak-tahu-apa-apa.

“Kenapa dengan Farouq?”.

“Dia ambil pensel warna saya..” Daniel bersuara sedih.

Ayuni mengeluh kecil. Farouq dipandang tajam. Matanya sengaja dikecilkan menghantar isyarat bahawa sungguh dia geram dengan budak itu. 

“Forouq... ”. Ayuni bersuara perlahan dalam geram. Nada suaranya jelas menghantar mesej apa-yang-perlu-dibuat kepada si pendengar.

Farouq tunduk menikus. Pandangan mata Ayuni menggerunkan dia. Dia faham benar sikap cikgunya itu. Dalam kelembutan terselit ketegasan. Dia bangun dari duduknya menuju ke meja Daniel.

“Nah!”.  Pensel warna jenama Luna itu dilempar kasar ke atas meja. Ayuni hanya mampu menggeleng melihat karenah anak muridnya itu. Kecik-kecik dah pandai berlagak gangster. Dah besar nanti tak tahu la macam mana jadinya. Harap-harap la gangster biar betul pada tempatnya. Ayuni sempat berdoa. Kerjanya yang terhenti disambung kembali.

Farouq kembali pada tempat duduknya. Daniel dihadiahkan jelingan tajam. Daniel buat tidak endah. Cikgu Ayuni kan ada. Buat apa nak takut?

Apabila Daniel memandang wajahnya Farouq menayangkan tumbukannya dengan mimik muka gangster. Menikus si Daniel itu ketakutan. Farouq tersenyum lebar.Bangga. Namun hati dia masih tidak puas untuk membalas kembali perbuatan Daniel tadi.

Budak gemuk itu telah banyak menyusahkan hidupnya. Daniel sering kali melaungkan namanya di dalam kelas dihadapan guru. Dan setiap kali itu juga dialah yang akan menjadi mangsa keadaan.

“Siapa murid yang pandai nak baca dihadapan?”  

“Farouq cikgu!” Si bulat Daniel bersuara.Sengaja.

“Siapa murid yang pandai nak mengaji dihadapan?” 

“Farouq cikgu!” Sekali lagi Daniel si budak gemuk bersuara.

Teringat perbuatan Daniel itu Farouq panas hati. Dan hari ini budak gemuk itu telah menyebabkan dia dipandang budak nakal oleh cikgu kesayangannya. Budak gemuk itu dipandang dengan rasa benci yang membuak. Dadanya berombak laju. Hatinya menyumpah seranah. Hari ini hari pembalasan kau gemuk!

Buku tulis berjalur dihadapannya dipandang. Otaknya ligat mencari idea terbaik untuk mengenakan budak gemuk itu. Dia betul-betul tidak puas hati. Kemenangan selalu berada pada pihak budak gemuk itu. Hari ini dia akan pastikan kemenangan adalah milik dia. Dari jauh dia memandang Cikgu Ayuni yang khusyuk menanda buku latihan yang dihantar pada awal kelas tadi. Bibir mencorak senyuman seribu makna.

Buku latihan dibuka pada bahagian yang paling tengah. Muka surat yang terletak dibahagian tengah itu dikoyak.

“pop!”Sehelai lagi. Kedua-dua helai kertas itu kemudian dikeronyokkan dan digumpal membentuk bola. Dua biji bola kertas siap. Kau memang genius Farouq! Dia memuji dirinya sendiri.

Suspek dikenal pasti. Lokasi target dipandang dengan ekor mata. 45 darjah dari arah dia menghala ke Tenggara.  Koordinat target sudah dikesan. “Siap la kau budak gemuk!”.

Kepala suspek menjadi target utama. Tangan dihayun ke belakang berbekal keyakinan yang mendalam bercampur amarah. Dengan sekuat tenaga dibalingnya bola kertas itu kepada kepala si mangsa.

Buk! Tersengguk kepala si mangsa dibuatnya. Habis comot kerja mewarnanya.

“Yes!”Farouq bersorak kegirangan dengan suara yang ditahan. Lucu betul dia tengok kepala si gemuk yang terteleng apabila terkena balingannya tadi. Beberapa mata yang memandang turut ketawa geli hati.

Telinga Ayuni dapat menangkap suara-suara halus muridnya yang sedang ketawa. Eh kenapa pulak budak-budak ni tiba-tiba gelak pulak ni. Ada orang buat lawak ke? Mesti ada something ni?

“Buat kerja dengan tangan bukan dengan mulut”. Satu statement sebagai amaran awal dikeluarkan. Suasana kembali senyap dan tenang. Ayuni fokus pada penandaan buku latihan anak muridnya. Sikit lagi nak siap.

Daniel panas hati bukan kepalang. Farouq yang sedang membuat isyarat ibu jari padanya dipandang bagai nak telan. Macam ayam KFC je aku tengok budak lidi tu. Bola kertas dalam genggamannya dikepam geram. Memang nak kena terajang budak lidi tu dengan aku. Eh aku berani ke nak bagi penerajang pada budak lidi tu?

Farouq menunjukkan lagi sebiji bola kertas kepada Daniel. Daniel terlongo. Ada lagi? Farouq membuat gaya  seperti ingin membaling kepadanya sekali lagi. Cepat-cepat Daniel menundukkan kepalanya. Eh dia tak baling ke? Cis tipu rupanya. Farouq tersengih kecil. Tahu pun kau takut dengan aku...

Sekali lagi Farouq membuat aksi ingin membaling bola kertas itu kepada Daniel. Kali ini dia memang betul-betul. Sungguh dia seronok dapat membuli si Daniel gemuk itu. Daniel gelabah. Bagaimana harus aku menyelamatkan diri???Bila-bila masa bola itu bola melayang mengena pada kepalanya. Cikgu Ayuni di meja guru dipandang. Adakah aku harus aku meminta pertolongan dari Cikgu Ayuni? Dalam kegelabahan itu dia mendapat satu akal. Bola kertas dihadapannya dipandang.

Buk!

Tepat mengena pada kepala Ayuni. Sebiji bola kertas jatuh bergolek diatas meja dihadapannya. Ayuni mengangkat wajah.

“Farouq yang baling cikgu!”.

++++++++++

Wanita tinggi lampai itu melangkah persis seorang model professional melakukan catwalk di atas stage dihadapan khalayak penonton. Elegent. Gorgeous! Gaya pemakaiannya sahaja sudah dapat meneka bahawa memang wanita itu bukan orang sembarangan.   

Bunyi sepatu tumit tinggi yang dipakai itu mampu membuatkan manusia-yang-belum-pekak-pendengarannya berada 10 meter jaraknya berpaling pada dia. Namun bukan untuk kali ini. Pekerja-pekerja di syarikat itu sudah mampu mengagak gerangan pemilik bunyi sepatu tumit tinggi itu. Dan tekaan mereka sentiasa tepat. Mereka sudah lali.

 Beberapa pekerja di syarikat yang berselisih memberi ucapan salam pada dia. Dia hanya melangkah tanpa memandang mereka-mereka yang menegur. Apa class aku nak bertegur sapa dengan diorang? Dalam dia melangkah itu telinganya sempat menangkah bunyi soseh-soseh disebalik sebuah cubicle. Beberapa buah mulut sedang rancak bersembang. Pasti tengah mengumpat pasal aku? Dia meneka dalam hati. Ada aku kisah?

“Aku dah boleh agak dah Jah siapa yang pakai kasut tumit tinggi tu..kau tak dengar bunyi tu? Hah keletap keletum keletap keletum tu...” Mereka-mereka yang berada disitu memasang telinga. Kemudian mengangguk membenarkan.

“kau dengar? Aku yakin mesti itu bunyi tapak kasut anak Tengku Alaudin apa namanya tu...Dahlia? Dalila? Haish tergeliat lidah aku nak menyebut nama dia”.

“Delia la Kak Jenab...”. Siti membetulkan.

“tapikan Kak jenab..saya suka la sepatu tumit tinggi dia tu...cantik...mesti kalau saya pakai nampak macam model jugak kan? Pastu baju yang dia pakai semua vogue-vogue aje...melilap sana melilap sini”. Siti memasang angan sambil matanya terpejam rapat. Sudah lama dia mengimpikan untuk menyarung pakaian-pakaian jenama terkenal. Anak Tuan Alaudin itu adalah role model dia.

“Kau tak payah nak berangan la Siti oi...kalau kau pakai kasut tumit tinggi yang macam Cik Delia tu....baru setapak kau berjalan kompem terus tersembam muka kau atas lantai...pada masa tu aku lah orang pertama akan gelakkan kau paham? Kalau boleh aku rakam kemudian upload dalam youtube biar satu dunia tengok..hahahaha..”. Zainab ketawa besar.  Siti mencebik. Ada sahaja Zainab tu tak puas hati dengan dia. Ada aja yang kekurangan dia mata Zainab.

“Jealous la tu!”.Siti bangkit dari kerusinya. Seketika mata dia membulat tidak percaya dengan apa yang dilihat dihadapannya. Mulut dia tenganga.

“Errrr...Cik Delia”. Siti bersuara tergagap-gagap.

“Dah habis cakap pasal saya?”. Siti mengangguk kemudian dia menggeleng menafikan soalan itu.

“Errr tak Cik Delia...kitorang sembang kosong aje tadi..bukan pasal Cik Delia..”. Zainab disebelahnya juga mengangguk laju. Membenarkan apa yang disampaikan Siti kepada Delia. Dia sudah kecut perut. Delia mencebik kecil. Setiap butir bicara mereka tadi dia dengar satu persatu.

“Tak ada kerja dah ke?”. Delia bertanya sinis. Pantang ada masa lapang sikit terus cari topik nak bergosip. Macam tak ada benda lain dah nak buat!

“Ada Cik Delia..ada...”. Zainab pula menjawab.

“Dah tu?”. Wajah kedua-dua pekerja wanita itu dipandang.

“Buat kerja masing-masing sebelum saya report pada Tan Sri faham?” Zainab dan Siti mengangguk laju.

“Faham Cik Delia”.

“ Kau la ni tak tengok kiri kanan kalau nak bergosip...tengok? Kan dah kantoi...”. Zainab memarahi Siti. Siti hanya diam. Malas dia melayan wanita lewat 30 an itu. Matanya menyoroti setiap langkah wanita elegan itu. Dia kagum.

Delia menghentikan langkah pada pintu masuk pejabat yang terukir nama Zayed Ali khan Bin Tan Sri Zahar.

“Zayed ada?”. Dia menegur wanita yang bertanggungjawab sebagai pengurus peribadi pemilik nama pada pintu itu. Wanita itu berpaling.

“Oh Cik Delia...” . Zawati terus bangun dari duduknya apabila mengetahui gerangan yang menegurnya tadi. Delia dihadapannya dihadiahkan senyuman manis walaupun wanita itu langsung tidak memandang wajahnya.

“Ya Cik Delia...boleh saya bantu?”. Zawati bertanya ramah walaupun dia sudah dapat mengagak tujuan kedatangan wanita itu.

“Aku nak jumpa dengan Zayed. Dia ada?”. Wanita itu menjawab dengan nada kasar. Sombong. Zawati mengumpat dalam hati.

“Bos tak masuk office hari ini Cik Delia..”. Zawati memberitahu status bosnya itu. Dari awal pagi tadi sampai sekarang langsung tidak nampak batang hidung bos mudanya itu.

“Kenapa dia tak masuk office? Dia kat mana sekarang ni?”. Hah lagak polis sahaja wanita itu bertanya padanya.

“Saya tak tahu Cik Delia...saya dah call dia tapi tak dapat...”. Zawati menerangkan pokok sebenar keadaan bosnya itu. Tugas dia sebagai pembantu peribadi lelaki itu sudah dilaksanakan.

Delia mendengus geram. Handset di dalam beg tangannya dicapai. Nama yang tertera “hubby”  didail. Lama. Talian diputuskan. Untuk kali kedua, ketiga talian masih tidak bersambut. Dia mendengus lagi.

“Kalau dia masuk office nanti kau inform aku”. Zawati mengangguk bagai burung belatuk.

Menonong wanita muda itu meninggalkan ruang pejabat dengan rasa kecewa dan geram. Mesti jantan tu berpoya malam tadi. Kalau tidak masakan dia tak masuk office hari ni. Segala gerak geri lelaki itu sudah ada dalam poket dia. Dengan betina mana pulak jantan tu keluar malam tadi. Hati dia membara.

Zawati menghantar lenggok jalan Delia dengan ekor matanya. Kerja yang terhenti tadi disambung semula. Bertambah satu kerja pulak dia nak kena report segala gerak geri bos muda dia tu. Di mana la sekarang  bos dia tu...Kalau Tan Sri tahu ni alamat gempa bumi la Syarikat Ali Khan Enterprise ni...Dia mengeluh kecil. Dah kerja kau sebagai PA kan Zawati. Terima aje lah dengan redha.

++++++++++

Deringan telefon yang tak henti-henti mengganggu lenanya. Zayed menekup kepalanya dengan bantal. Proses interaksi antara neuron-neuron di dalam otaknya mengambil masa beberapa saat sebelum dia kembali mampu berfikir dengan waras. Peristiwa yang berlaku malam tadi terlayar difikiran. Dia memandangkan ke sebelah sisi kanannya. Kosong.

“Ke mana pulak budak perempuan tu?”. Hati dia bertanya. 

Badan disandarkan pada kepaa katil. Kepala rasa berat akibat dia terlebih “minum” malam tadi. Kepala digeleng kasar. Cuba menghilangkan rasa berdenyut dalam tempurung kepalanya. Jam didinding biliknya dipandang. Hampir 12 tengahari.

“Patutla minah tu dah bla”. 

Mata dipejamkan seketika untuk menenangkan kepala otaknya. Beberapa minit dia berkeadaan sebegitu sehingga rasa berdenyut dalam kepalanya beransur hilang. Badan digagahkan turun dari katil.Tuala yang sedia tersangkut di ambil. Dia masuk ke bilik air. Masa untuk sucikan diri!

Selang sepuluh minit Zayed keluar dari bilik air bertuala. Handset di meja solek di ambil.

10 missed call.

Handset dibalingkan semula ke atas katil. Dia sudah boleh mengagak gerangan yang call dia itu.

Zayed bersiap ringkas. Otaknya menyenaraikan nama-nama perempuan yang akan diajak untuk menemaninya makan tengahari.

‘Suraya?’. Model tinggi lampai itu terlebih manja dan terlebih gedik. Malas dia nak melayan karenah wanita itu.

‘Hana?’. Wanita bergincu tebal itu sentiasa becok bercerita perihal hidupnya. Segala isu luar dan dalam kehidupan wanita itu diingin dikongsikan pada dia. Ada aku kisah?

‘Farah?’.Penggemar bulu mata palsu itu memang bijak mengikis duit dia. Segala barang yang dibeli pastinya mencecah ribuan ringgit.

Semua nama-nama wanita yang terlintas difikirannya satu pun tidak berkenan. Perempuan-perempuan dikelilingnya semua spesis yang sama.Spesis buaya betina tembaga. Spesis pisau cukur!Pantang diajak keluar pasti selepas itu akan mula merengek bershopping segala macam. Kalau bukan kerana dia inginkan “balasannya” sudah pasti dia tidak layan karenah spesis betina-betina tersebut. Prinsip dia senang sahaja. I have given you something and definitely you have to give me something in return as well.

Dunhill Black disemburkan pada badan.Balik rumah Mama aje la....

++++++++++

“Kring!!!!!”

Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan untuk hari itu sudah tamat.

“Okey murid-murid boleh kemas buku masing-masing.....kerja sekolah yang cikgu bagi pastikan kamu bawa pulang ke rumah....”. Ayuni berpesan kepada murid-muridnya yang sedang sibuk mengemas peralatan belajar masing-masing.

“Baik Cikgu”. Seisi kelas menjawab serentak.

“Bangun semua!!”. Daniel selaku ketua kelas memberi arahan.

“Terima kasih cikgu”.  Daniel mengucap lantang kemudian diikuti seisi kelas yang lain serentak. Ayuni mengangguk kecil sambil tersenyum.

“Sama-sama”.

Ayuni mengatur langkah meninggalkan kelas dan menuju ke bilik guru.  Ada perkara yang perlu dia selesaikan sebelum pulang ke rumah.

“Amboi Cikgu Ayuni....baru sekarang akak boleh nampak muka cikgu...penuh ke jadual mengajar hari ni?”. Cikgu Salmah yang berjiran dengan mejanya menegur. Ayuni tersengih kemudian mengangguk.

“Ya kak...sepanjang hari saya kena mengajar budak pra-sekolah tu...Naila kan cuti...jadi terpaksa la saya yang kena ganti dia...memang tak ada orang lain dah melainkan saya yang kena...”. Ayuni memberitahu perihal yang sebenar. Maklumlah hanya ada dua tenaga pengajar sahaja yang mengajar murid pra-sekolah. Itu pun sudah memadai. Cuma apabila ada pengajar yang cuti yang jadi membebankan.

“Eh kenapa Naila tu ambil cuti? Dia sakit ke? “

“Tak de la kak..sihat walafiat aje Naila tu...ada hal peribadi nak disettlekan katanya..”. Cikgu Salmah mengangguk.

“Ayuni tengah isi borang apa tu?”.

“Borang nak order buku dan peralatan mengajar kak. Saya dapat faks semalam dari Syarikat Pustaka Ilmu Bookstore....katanya buku bantuan mengajar yang baru dah sampai...memang saya dah lama dah cari buku dan alatan bantuan mengajar tu...itu yang saya  kena cepat-cepat order jugak ni...takut ada sekolah lain yang berminat jugak..melepas nanti...lagipun bila dah dapat nanti senang la sikit saya nak mengajar budak-budak dalam kelas Pendidikan Khas tu...kesian pada diorang sebab tak cukup alatan mengajar akak..”.
Ayuni menerang panjang lebar. Tugas dia juga adalah sebagai pengajar murid-murid Pendidikan Khas.

Salmah mengangguk mendengar penjelasan Ayuni. Memang Ayuni telah banyak berjasa pada sekolah ini. Setiap tahun jumlah murid yang tidak reti membaca semakin berkurang.  Dia sendiri pernah melihat teknik yang digunakan  Ayuni ketika mengajar murid-murid dalam kelas Pendidikan Khas itu. Sebuah kelas yang ditubuhkan khas untuk mengumpul murid-murid yang tidak reti membaca dari umur 10 hingga 12 tahun. Lebih kurang 15 orang jika dia tidak silap murid yang ditempatkan di dalam kelas itu. Sentuhan mengajar Ayuni sangat berkesan penuh dengan sifat seorang ibu yang benar-benar mahukan anak didiknya mampu mengenal huruf dan membaca. Memang Ayuni seorang Cikgu yang cukup istimewa. Wajah putih bersih Ayuni dipandang penuh kasih. Seputih dan sebersih hati wanita itu.

“Ada apa ye akak pandang saya macam tu?”. Ayuni bertanya malu. Segan pula dia diperhati sebegitu oleh Cikgu Salmah. Salmah tersedar apabila dia disoal. Jauh sudah dia mengelamun.

“Tak de apa-apa Ayuni...saja akak berkenan pulak Ayuni yang cantik ini...kan best kalau dapat buat adik ipar...tapi bukan rezeki akak tak ada adik beradik lelaki pulak...nak jadikan menantu anak lelaki pulak baru umur 5 tahun...alamatnya memang melepas la akak..”. Salmah tergelak sendiri. Sengaja dia menyakat cikgu muda itu.

“Ada-ada aje la akak ni...” Ayuni tersenyum kecil.

Deringan telefon mencelah perbualan mereka.

 “Hello..ye ibu kat sekolah ni.. Along tak balik lagi?Abah tak datang ambil ke? Laaa ye ke...ok ibu datang sekarang..”. Talian dimatikan. Salmah segera mengemas barangnya. Anak sulung perempuannya sedang menanti dia di sekolah.

“Akak balik dulu Ayuni ye...anak akak Amirah tu tengah tunggu di sekolah....bapak dia ada meeting mengejut pulak sekarang ni..haish bukan nak inform akak ke apa...kesian si Amirah tu duk tunggu sorang diri....haish risau pulak akak...Assalamualaikum”.

“Ye lah kak....waalaikummussalam”. Salmah segera keluar daripada bilik guru itu. Tergopoh-gapah dia menuju ke tempat parkir tidak mahu anaknya menunggu lama. Rasa bimbang bersarang di hati. Memang nak kena laki aku ni! Boleh pulak ada meeting tak bagitahu pada dia. Amirah tu pulak dibiarkan sorang-sorang kat sekolah. Siap la nanti!

Jam ditangan dikerling. Lagi dua puluh minit sebelum pukul tiga petang. Mata menilik-menilik keseluruh ruang bilik guru itu. Ada beberapa guru yang masih belum pulang. Barang-barang diatas meja sudah siap dikemas. Kerja dia sudah selesai. Hanya buku-buku yang penting sahaja yang mahu dibawa pulang. Hermes Birkins disangkut pada bahu kanan. Buku dikelek pada tangan kanan.Baba sudah pesan supaya pulang awal hari ni.

“Cikgu Ayuni!”.

Ayuni menghentikan langkah kakinya. Pemilik suara yang memanggil namanya dikenal pasti.

“Cikgu Fauzi...ada apa ye cikgu?”. Ayuni bertanya ramah. Di dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu betapa dia amat tidak mahu bertentang mata dengan lelaki dihadapannya buat masa ini. Seharian hari ini dia berkurung di dalam kelas Pra sebab tidak mahu bertembung dengan lelaki didepannya kini.  Cukup lah hampir sebulan lelaki didepannya ini menyesakkan kepala dia.

“Errrr...errrrrrr...errr...”. Fauzi menggaru kepalanya. Untuk saat ini lidah dia kelu untuk berkata-kata. Sedangkan sudah dari malam tadi dia menyusun ayat untuk dilafazkan apabila berdepan dengan wanita dihadapannya sekarang ini.

“Cikgu Fauzi nak cakap apa ni....kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu.”. Ayuni segera meminta diri. Jantung dia sudah berdegup tidak normal. Rongga pernafasan pula bagaikan sudah tersumbat. Dia lelah.

“Nanti dulu Ayuni...errrrr...saya ada benda penting nak cakap..lima minit aje..saya janji..”. Fauzi menghalang. Ayuni membatalkan niatnya.

 “Saya...emm...saya mohon Ayuni menerima saya”. Dalam satu nafas Fauzi memuntahkan isi hatinya. Satu nafas panjang dilepaskan. Dia lega. Ayuni perlu tahu isi hatinya. Dan masa itu adalah hari ini dan tika ini.

“Saya memang betul-betul ikhlas untuk menyunting Ayuni...bolehkan cikgu?”. Ayuni diam tidak berkutik. Ayat yang memukul gegendang telinganya tadi telah mengfreezekan otaknya untuk beberapa saat. Dia kejung.

“Maafkan saya..”.Hanya itu yang dia mampu luahkan. Ayuni mengangkat kaki meninggalkan lelaki itu. Enjin kereta dihidupkan. Kereta menyusur meninggalkan perkarangan sekolah.

Fauzi hanya mampu melihat hampa. Begitu mahal hati wanita itu untuk dijual kepadanya. Jangan mengalah demi cintamu Fauzi! Fight for your love!

++++++++++

TQVM sebab sudi baca this entry. 

Comments are most welcome =)

No comments:

Post a Comment